100 Idea Berniaga Ikut Minat Anda – 1/10

1) Mulakan perniagaan menulis. Ia boleh jadi bisnes penulisan iklan, menulis artikel, menulis buku, dan lain-lain. Perniagaan seperti ini boleh dijalankan di rumah atau pejabat. Mulakan dengan menulis setiap hari dan cuba hantar artikel anda ke surat khabar dan majalah yang berkaitan dengan apa yang anda tulis. Anda juga boleh berjinak-jinak dengan menulis blog menggunakan platfrom blog mudah seperti blogspot.my atau wordpress.com

2) Buka syarikat automotif. Buat sebuah kilang ubah suai kenderaan , menjual kenderaan terpakai, bahagian-bahagian automotif dan lain-lain yang berkaitan. Anda boleh membeli barang secara borong secara online seperti di Alibaba.com atau cari pengedar di Majalah.com dan juga secara runcit di tempat anda atau melalui internet seperti Lelong.com.my yang sentiasa ada permintaan!

3) Jalankan perniagaan perakaunan. Anda boleh memberi perkhidmatan simpan kira, cukai perkhidmatan, perkhidmatan penyimpanan rekod. Anda boleh jalankan secara separuh masa atau di rumah dan pejabat. Menawarkan servis kepada syarikat atau perseorangan dengan membuat iklan local menggunakan Facebook Ads atau Google Local Business.

4) Mula syarikat berkaitan kesihatan dan perubatan. Bina sebuah farmasi atau kedai jual produk perubatan dan kesihatan. Perniagaan seperti ini begitu laris di media sosial dan internet yang lain. Cara yang paling menguntungkan adalah bila kita ada banyak produk yang memberi banyak pilihan penyelesaian masalah kepada pelawat. Banyak produk bermaksud banyak jualan dan keuntungan!

5) Buat perniagaan berkaitan pergigian / penglihatan. Anda boleh jadi doktor mata, buka kedai cermin mata, servis mata, gigi dan lain-lain. Produk seperti pemutih gigi dan cermin mata anti-silau dan pembaiki mata amat laku.

6) Jalankan syarikat diet / pemakanan. Anda boleh dirikan kedai pemakanan, diet / pusat berat badan, kosmetik, spa dan sebagainya. Cara paling cepat untuk adalah anda menjalankan roadshow dan memberi sample percuma untuk mereka mencuba servis dan produk anda!

7) Perniagaan francais pendidikan / kolej. Anda boleh bangunkan sebuah tuisyen, pusat latihan, kelas kemahiran, dan lain-lain perniagaan anda mungkin berada dalam talian. Anda boleh bermula dengan memberi kelas percuma dan bila mereka berminat dengan ilmu yang anda ajar, anda boleh memberi kelas premium yang berbayar pula.

8) Menubuhkan syarikat pakaian. Ia boleh menjadi sebuah kedai pakaian, fesyen reka bentuk untuk persembahan, pembuatan pakaian tempahan, dan lain-lain. Jika anda menjual pakaian lelaki atau perempuan pastikan ia merupaka trend terkini. Bagaimana anda ingin tahu trend itu terkini adalah dengan melihat jualan yang banyak di internet seperti Aliexpress. Jika anda pergi ke laman web itu, anda lihat menurut susunan ORDER. Iaitu berapa jumlah tempahan yang TELAH dibuat untuk kategori pakaian. Jika anda lihat beribu-ribu sudah ditempah, bermaksud fesyen itu ada permintaan yang tinggi!

9) Memulakan perniagaan jualan buku. Jika anda minat dengan buku maka anda boleh membuka kedai buku, menjadi penerbit buku, pemborong buku serta majalah dan laman web menjual buku. Banyak juga yang minat dengan buku second-hand. Anda hanya perlu buat iklan menyatakan bahawa anda ingin membeli buku lama dan menjualnya semula secara online atau di pasar minggu.

10) Syarikat berkaitan dengan komputer. Anda boleh mula dengan memberi perkhidmatan membaiki komputer, pengedar komputer, perkhidmatan latihan komputer, menjual aplikasi komputer dan juga perkakas komputer. Anda boleh cuba nasib dengan terlibat dengan tender kerajaan atau swasta yang berkaitan dengan produk komputer seperti komputer riba, alat pencetak dan sebagainya. Anda juga boleh fokus membuat sebuah komputer dengan membeli perkakas secara individu dan menjualnya semula kepada orang tertentu contohnya mereka yang kaki game. Oleh kerana industri ini agak komptetitf anda perlu kedepankan dengan gaya pemasaran yang kreatif bagi mengatasi persaingan.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *