3 penyebab kegagalan?

muhasabah diri 2Pernah tak kita muhasabah diri kita? Muhasabah dengan begitu serius di mana banyak soalan bermain di kepala kita. Soalan sebegini membantu untuk perbaiki diri dan memperbetulkan apa yang diusahakan. Hanya dengan bertanya soalan kita akan mendapat jawaban.

Apa yang sebenarnya kita takut? Adakah bisikan-bisikian halus yang membisik kita supaya rasa takut? Adakah ketakutan ini yang menyebabkan kita gagal? Takut hanya membataskan kita untuk mengeluarkan potensi kita yang sebenarnya.

Kenapa kita timbul rasa takut? Manusia akan berasa terjamin dan selesa bila dia pasti pada sesuatu perkara. Baru-baru ini ada kajian yang dibuat menunjukkan bahawa mereka yang mencari pekerjaan lebih mengutamakan jaminan pekerjaan daripada gaji yang mereka dapat.

Apa terjadi jika mereka tak pasti? Maka otak akan memberitahu, “ini adalah sesuatu yang di luar kebiasaan, ….” Selepas tanda koma tu, bermulalah anggapan atau andaian yang biasanya salah dan negatif.. “Kau tak boleh buat tu.. Nanti apa kata orang.. Tak ada orang nak dengar, nak ikut apa yang kau buat tu.. Kalau tak laku mcm mana…” Apa sebenarnya fungsi anggapan itu, seperti biasa; tugasnya hanya menakutkan kita.

takutJelas sekali jika kita ikut ketakutan itu, maka kita akan kalah dan gagal. Tapi jika kita lawan dan tegas dalam pendirian, maka ketakutan akan mengundur diri untuk mencari helah yang lain pada masa akan datang. Kita pula? Kita yang yakin akan menjadi semakin yakin dan bersemangat jika kita ada impian serta matlamat yang jelas di depan mata kepala kita.

Jangan biar ia menghantui kita. Kita hanya dapat lawan ketakutan dengan keyakinan diri. Itu je.

Apa kabar kalau yakin kita tak kuat pula? Ini pun akan jadi masalah dan penghalang besar. Apakah cara untuk kita jadi lebih yakin? Kita akan yakin jika kita tahu apa yang kita buat, kita akan yakin jika kita ada impian yang jelas dan kita akan yakin bila semua ketakutan kita dapat diatasi.

Cari apa yang kita takut, senaraikan dalam minda kita dan lawan satu per satu. Jangan percaya padanya dan lawan cakapnya. Ubah persekitaran kita, ubah fokus kita untuk melihat lebih kejayaan yang bakal kia peolehi dari kegagalan yang tak pasti. Ini kerana orang yang berusaha mereka pasti dapat.

Secara ringkasnya, seseorang itu akan gagal, tidak mampu capai apa yang diimpikan dan terus berada ditakuk lama kerana 3 faktor ini. Takut, tak yakin diri serta fokus yang negatif. Ingat tu, ia akan memberi bantuan yang besar untuk kita. Ingat juga setiap perkara ada halangan, bayangkan seperti seorang pelari pecut 100 meter berhalangan (hurdle) jika dia tak lompat penghalan tu dia akan jatuh bukan, tapi jika dia lompat dan lari dengan laju…?

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *