3 Sebab Produk Digital Menjana Jualan Berbillion!

digital marketingAntara produk yang hangat terjual di pasaran internet adalah produk informasi digital. Seperti yang kita tahu, pengguna internet melayari Google, Yahoo, Youtube dan seumpamanya adalah kerana mereka amat dahaga untuk mencari infomasi yang dapat memuaskan hati mereka mahupun menyelesaikan masalah mereka. Lihat sahaja bagaimana diri anda menggunakannya šŸ™‚

Secara ringkas saya akan mendedahkan 3 sebab kenapa produk informasi digital adalah antara produk hangat di internet seperti jualan pisang goreng panas.

Saya harap anda mendapat inspirasi sama ada timbul keinginan untuk membuat produk digital sendiri ataupun menjual produk digital orang lain sebagai rakan niaga (affiliate). Jika anda mempunyai kepakaran atau minat dalam sesuatu topik, adalah satu kerugian sekiranya anda tidak menggunakan aset yang anda miliki itu untuk memberi pulangan yang lumayan kepada anda.

Jadi, berikut adalah 3 sebab utama bagaimana produk digital bakal menambat hati anda šŸ˜‰

  1. Kepantasan luar biasa - yang saya maksudkan di sini adalah dari pelbagai sudut. Salah satunya apabila pelanggan yang membeli produk digital; mereka hanya perlu download sahaja dari laman web tertutup anda atau bahan digital seperti ebook pdf atau video yang mereka beli itu dihantar melalui emel sahaja.

Sehubungan dengan itu bilamana mereka mendapat bahan yang mereka beli itu dengan cepat, maka bayaran yang anda dapat dari pembeli pun pantas juga, kerana bila pelanggan tahu yang mereka bakal mendapat produk yang dibeli itu dalam 5 minit, mereka tidak teragak-agak membeli dari anda (sekiranya produk itu memenuhi kehendak mereka) dengan hanya klik butang "beli" sahaja, dan ini maksudnya pendapatan online anda hanya terletak pada klik jari pelanggan anda.

  1. Mudah lagi murah - adalah mudah untuk membuat produk informasi digital sendiri, jika anda mahir untuk berfesbuk , maka anda boleh membuat produk digital anda sendiri. Produk digital seperti ebook, panduan video, seminar online (webinar) , siri panduan emel berbayar, komuniti online berbayar dan sebagainya ada amat mudah serta murah untuk dibuat.

Satu lagi kenapa ia mudah adalah, ianya senang untuk dihantar dan diterima, tidak kira jam berapa orang itu membeli atau di mana dia berada, produk digital akan sampai ke komputer si pembeli tadi, walaupun anda sedang tidur!

  1. Amat menguntungkan - saya boleh katakan ini adalah antara faktor yang terutama sekali kenapa usahawan internet begitu beria-ria untuk memiliki produk digital mereka sendiri. Bayangkan, dengan sekali kos pembuatan produk digital tadi anda bakal mengaut keuntungan hampir 100% selepasnya.

Kita ambil contoh; membuat ebook. Katakan kos yang diperlukan dalam rm500 (atau lebih rendah lagi), ianya siap dengan laman web serta tapak hosting untuk promosi ebook tersebut. Katakan jika anda menjual ebook tersebut dengan harga rm30 maka dengan Ā jualan hanya 20 unit anda sudah balik modal.

Sekiranya ada 10, 30, 100 atau 1000 orang lagi yang akan membeli, ada tidak perlu untuk keluar sebarang kos lagi untuk membuat produk tersebut - kerana mereka hanya perlu download file yang sama yang buat awal dulu. Satu fail ebook pdf yang akan di download untuk berkali-kali, alangkah seronoknya bisnes sebegitu.

Inilah yang dikatakan margin keuntungan 100% - hanya dengan produk digital šŸ™‚

Maka atas sebab inilah, saya amat menyarankan supaya anda memiliki sekurang-kurangnya satu produk digital sendiri berkenaan dengan topik yang anda pakar atau minati, atau paling tidak pun mempromosi produk digital orang lain yang tidak kurang hebatnya (komisen dalam 50% - 100%)!

Sekiranya anda minat untuk mendalami lebih lanjut tentang pembuatan produk digital, saudara AminbebĀ adalah seorang pakar dalam membantu orang biasa seperti saya dan anda untuk membina produk digital sendiri dengan cepat, mudah dan menguntungkan. Saya cadangkan anda untuk menyedut ilmu dari beliau di sini.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *