Tutorial #2: 5 Komponen Terpenting Perlu Ada Dalam Blog

blogging1012Ada beberapa komponen yang perlu ada dalam blog. Inilah yang membezakan ia daripada laman web yang biasa yang lain. Istilah yang dikongsi di sini mungkin agak baru atau teknikal bagi anda tetapi saya jamin kepada anda bahawa ia tidaklah sukar seperti yang disangka.

Untuk anda membina blog anda perlu pastikan ada 4 perkara berikut:

  1. Laman Utama
  2. Input Baru
  3. Arkib
  4. Komen
  5. Link pautan

Laman Utama – laman utama adalah laman web yang menyambut pelanggan anda, andai kata blog ini adalah umpama diari anda, maka laman utama ini adalah kulit hadapan blog anda. Ia akan menunjukkan kepada pelawat anda semua isi yang ada pada blog anda seperti input baru, arkib, komen dan juga link pautan. Oleh sebab laman utama ini adalah laman pertama ketika pelawat mendarat di blog anda, maka anda perlu pastikan bahawa laman ini memang yang menarik sekali dan memberitahu pelawat apa yang mereka boleh dapat dari blog anda supaya mereka terus “lekat” melayari blog anda itu.

think blogInput Baru – input baru atau “new post” adalah darah kepada blog anda, inilah punca utama kenapa blog anda boleh menjadi popular dan kenapa pelawat anda sentiasa setia menziarahi blog anda, kerana ia disegarkan dengan input yang baru. Input yang dimaksudkan adalah kebiasaannya seperti artikel. Anda tidak perlulah jadikan blog anda agak jumud dengan pengisian seperti artikel sahaja, tetapi letak input yang lebih interaktif dan terbaru seperti video, audio dan juga gambar, jadikan input atau post baru anda itu teramat menarik. Seperti yang kita bincangkan dalam tutorial pertama, blog tidak semestinya terlalu formal, tetapi blog juga boleh anda isi dengan sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan peribadi anda. Hubungan mesra ini merapatkan lagi jurang di antara anda dan pelawat anda dan ini akan memberi keuntungan kepada anda pada masa hadapan.

Arkib – ini adalah penting kerana dalam blog kerana “input” yang lama akan diselitkan di bawah arkib dan sekiranya pelawat anda ingin menggali infomasi yang anda pernah hidangkan sebelum ini, maka arkib ini amat membantu kerana ia akan menyimpan semua post anda sebelum ini dengan susunan yang sistematik yang memudahkan pelawat anda untuk mencari apa yang mereka inginkan. Dengan arkib anda menjadikan sumber anda lebih mudah untuk diakses segala maklumat yang ada di dalamnya dan secara automatik menjadikan blog anda sebagai “sumber infomasi yang terbuka” yang boleh dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja.

best_blogs_0603Komen – dalam fungsi komen ini dengan ketara membezakan blog dengan laman web statik yang biasa, dan ini juga merupakan kenapa blog ini lebih menarik dari laman web seperti itu. Ini kerana para pelawat blog anda tidak sahaja dibentangkan dengan artikel, atau video yang menarik dan berguna kepada mereka malah, dengan fungsi komen di setiap input baru, para pelawat boleh berinteraksi dengan memberi  apa juga pandangan dan isi fikiran mereka berkenaan dengan apa yang anda kongsi dalam blog anda.

Link pautan – para pelawat blog akan berterima kasih kepada anda sekiranya anda berkongsi kepada mereka laman web atau blog yang menarik yang anda tahu. Jadi melalui link pautan (dalam isitlah blog ia dipanggil sebagai “blog roll”) ini anda boleh berkongsi dengan pelawat anda tentang segala info yang anda tahu yang boleh didapati di alamat maya lain. Sekiranya apa yang anda kongsikan itu memang dapat membantu atau bernilai bagi mereka maka anda secara tidak langsung dengan mudah menambah kepercayaan pelawat kepada anda dan ini sekali gus menaikkan integriti anda di depan mata mereka – cara ini sahaja tidak ternilai ganjarannya kerana kepercayaan pelawat adalah kunci utama untuk kita beroleh kejayaan menambah pendapatan melalui blog.

Komponen BONUS: Kuiz, Survey atau Undian – anda boleh menjadikan blog anda lebih menarik dengan mengadakan kuiz, survey atau undian. Elemen ini menjadi lebih menarik jika anda memberi ganjaran yang ringkas seperti hadiah kepada peserta yang bertuah. Cara ini membantu blog anda berkembang hasil dari buah mulut peserta yang mengikuti acara blog anda itu.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *