7 sebab kenapa bisnes online begitu bagus (versi pertama)

internet-lifestyle (1)

1. Kerja Di Mana Sahaja Anda Suka Tidak kita lah anda nak kerja di dalam bilik tidur ke, dapur ke, taman, kebun, di tepi pantai. Tiada kawalan untuk anda bekerja, terserah kepada anda mengikut keselesaan anda.

2. Bangun Tidur bila-bila masa sahaja yang anda suka Oleh kerana tidak lagi ada BOSS yang nak jaga dan lihat kerja kita maka anda boleh tidur dan bangun bila-bila masa anda suka. Tapi pastikan anda produktif dalam bisnes online yang diusahakan, kalau tidur saja tapi tak buat kerja pun tak jadi juga.

3. Tiada pekerja untuk dibayar gaji Anda tidak perlu membayar gaji pekerja setiap bulan, kerana sekiranya anda menggunakan sesuatu servis di internet, contohnya seperti menulis artikel, membuat link kembali (backlink) ke website anda dan sebagainya, anda hanya perlu membayar mengikut apa yang telah anda tempah.

Tidak lebih dan tidak kurang, jadi anda tidak perlu melayan kernah pekerja yang selalu memeningkan kepala, dan anda boleh pilih untuk berkerjasama dengan mereka yang telus dan professional sahaja.

4. Tiada kedai atau premis untuk disewa setiap bulan Kedai anda di internet adalah laman web anda, tanpa laman web bererti anda tidak mempunyai kedai, sekurang-kurangnya ada “tanah” untuk anda mendirikan perniagaan anda, tidak kiralah sama ada ianya laman web dot com, blogger, facebook ataupun youtube.

Apa yang penting anda perlukan tapak. Jadi apa yang “best” tentang bisnes online, anda tidak perlu sewa yang mahal dan lesen untuk dibayar, kerana anda boleh mendapatkan tapak kedai ada di internet secara percuma ataupun dengan kos yang amat minima sebulan, ada syarikat yang menawarkan pakej menyewa “hosting” mereka serendah RM8 sebulan.

5. Bebas, perniagaan internet boleh dijalan hampir 100% automatik  Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membuat follow-up kepada bakal pelanggan anda, apa yang boleh anda lakukan adalah menulis satu set emel yang lengkap untuk dihantar 30 ke 90 hari, dan set emel tersebut boleh anda letak dalam sistem penghantar emel automatic (autoresponder) yang akan follow-up bakal-bakal pelanggan anda setiap hari, seperti seolah-olah anda yang menghantar emel peribadi itu.

Jadi disini kerja anda hanya buat sekali, tetapi selepas itu anda boleh lepas tangan. Ini hanya satu contoh, dari segi pemasaran pula, anda boleh memasarkan produk anda 24 jam tanpa henti, walaupun anda tengah tidur atau sedang melancong, agen pemasar yang menggunakan sistem automatic seperti Google Adword akan terus mempamerkan perniagaan anda kepada pelanggan yang mencari produk atau servis anda.

6. Dengan internet, anda boleh buat seberapa banyak bisnes yang anda nak dalam masa yang singkat

Oleh kerana kos yang rendah, anda sebenarnya berpeluang untuk membina seberapa banyak perniagaan internet yang anda inginkan. Tidak ada had dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang anda untuk membina seberapa banyak pun kedai online.

Anda usahawan internet di Amerika Syarikat, boleh menjual produk digital dengan hasil keuntungan terkumpul sehingga US$100 juta. Apa yang dia lakukan adalah dengan memiliki banyak produk dan perniagaan internet yang menghasilkan pulangan yang luar biasa hebat juga.

7. Sesiapa boleh melakukannya walaupun tidak mempunyai pengalaman.

Tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, bijak atau kurang cerdik, kita telah banyak mendengar cerita bagaimana seorang “office-boy” dengan usahanya yang gigih untuk berjaya seperti orang lain di internet, sekarang dia telah mengecapi jualan online sebanyak US$100,000 setiap tahun, itu pun baru tahun pertama dia memulakan perniagaan.

Dan banyak lagi cerita bagaimana seorang yang kosong boleh jadi hebat dalam arena perniagaan yang masih baru ini. Semua terserah kepada cara fikir anda, jika anda fikir anda boleh, anda betul dan jika anda fikir anda tidak boleh, pun anda betul.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *