7 Sebab Kenapa Perniagaan Online Begitu Ohsem!

Internet-AddictionSebelum anda ingin mencari idea untuk produk digital baru anda, atau merancang untuk membuka perniagaan internet anda, marilah kita teropong sebentar 7 perkara kenapa gaya hidup memiliki perniagaan online begitu menyeronokkan!

  1. Kerja di mana sahaja yang anda suka

Bila anda memiliki perniagaan online, anda boleh bekerja di mana sahaja anda berada, sama ada di kampung, rumah ibu mentua anda, di cafe secret recepi, di jepun atau uk! Ini kerana dengan internet, perniagaan online anda sentiasa boleh di akses dari mana sahaja oleh sesiapa sahaja 24 jam 365 hari setahun. Siapa yang tak suka dapat buat duit kerja dari rumah sahaja kan?

  1. Bangun tidur ikut masa anda

Selain wajib bangun waktu subuh 🙂 bila masa nak tidur atau bangun sekarang tiada siapa lagi yang boleh tetapkan melainkan anda sendiri. Apabila perniagaan online anda sudah stabil dan beroperasi secara separa automatik, hatta anda tidur selama sehari sekalipun, pelanggan masih boleh membeli produk yang anda jual di internet.

  1. Tidak perlu bayar gaji pekerja

Siapa yang perlukan pekerja jika laman web sebagai cashier anda, facebook sebagai promoter anda dan autoresponder sebagai khidmat pelanggan anda? Semua itu adalah sebagai pengganti pekerja yang tidak pernah cerewet, sentiasa patuh arahan dan yang paling best... membawa lebih banyak wang dalam poket anda!

  1. Tidak perlu bayar sewa kedai

Tapak niaga anda adalah laman web anda, sekali sahaja anda labur untuk membina laman web tersebut dan ia akan terus menjadi milik anda sampai bila-bila. Ada seorang kakak yang saya kenal, menjana lebih RM 1 juta ringgit setahun bekerja hanya dari rumah cuma menerusi facebook fanpage!

  1. Kebebasan dengan automasi perniagaan online

Jika anda sudah mahir dengan selok belok perniagaan internet, anda boleh membuat promosi, menerima tempahan, khidmat pelanggan dan banyak lagi secara automatik atau separa automatik. Sebagai contoh, iklan facebook anda hanya perlu buat sekali sahaja untuk tujuan promosi, kerja anda selepas itu hanya on dan off masa iklan ditayangkan sahaja.

  1. Buat seberapa banyak perniagaan yang anda nak.

Jika satu kedai online anda sudah menjana hasil yang diimpikan, contohnya RM1000 sebulan (untuk satu perniagaan yang simple) anda boleh membuka kedai online yang ke dua, ke tiga dan seterusnya. Jika anda sudah ada modal yang banyak nanti, kerja untuk membuka perniagaan online yang baru menjadi lebih mudah kerana anda hanya perlu mengupah orang lain dengan kadar yang amat murah, seperti mereka grafik, membina laman web, menulis kempen iklan fb dan sebagainya.

  1. Sesiapa sahaja boleh memulakannya!

Semua jutawan internet di Malaysia yang saya kenal setakat ini, tidak seorang pun yang ada ijazah atau phd dalam perniagaan internet... Pelik bukan? Mereka dari pelbagai latar belakang, cuma bezanya mereka ada keinginan dan kepercayaan yang kuat bahawa dengan internet boleh menjana pendapatan yang lumayan, seterusnya mereka belajar dari bawah hingga mereka sekarang menjadi pakar. Oleh itu, jika mereka boleh, anda pasti boleh inshaaAllah..

Akhir kata dari saya, anda masih belum terlambat lagi kerana peluang untuk hanya kerja dari rumah menjalankan perniagaan online masih terbentang luas dan teknologi internet semakin hari semakin memudahkan kita. Tambahan lagi di zaman moden ini, di mana segala ilmu berada di hujung jari, saya rasa anda amat kerugian jika tidak mengambil peluang dari ekonomi alaf baru yang amat "subur" ini.

 

 

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *