Apa rahsia Kedai tudung Aidijuma hingga orang sanggup berbaris panjang?

Setelah selesai buat pemasaran offline di tempat sasaran, saya pun terus meronda ronda di sekitar kota bahru mencari marketplace yang panas. Seperti yang saya ajar dalam ebook free “8 teknik sempoi spy market” , salah satu untuk kita kaji pasaran dan produk yang hot adalah dengan… yelah.. Dengan berjalan-jalan, meronda-ronda.. ni awak suka buat kan..?

Ronda-ronda pun kena ada objektif juga. Kalo nak tau kenalah download eb0ok free saya tu, supaya rondaan kita tu menjana idea yang profitable untuk kita, bukan ronda kosong dan habis duit je belanja isteri..

Jalan punya jalan terkejut tengok seperti yang anda tengok kat atas tu. “Ada apa ni? Jual apa sampai orang sampai sanggup berbaris panjang gini” itu soalan yang bermain di fikiran saya ketika itu, yang menjurus saya ingin tahu lebih lanjut….

Tengoklah muka cik adik tu, puas hatilah tu dpt beli tudung favourite dia… tgk belakang tu, siap ada sukerelawan RELA untuk memastikan keadaan tak menjadi huru hara

AwaK tengok pula tu, orang sanggup duduk atas lantai beb… Semata-mata nak dapatkan tudung design yg terbaru. Apa yang aidijuma buat hingga gadis-gadis ni sanggup buat sampai mcm ni??

Ok dari sedikit interview yang aku buat di sana, rupa-rupa Aidijuma ni setiap hari Sabtu  mengeluarkan stok tudung design baru, dari 3 hingga bebelas design setiap minggu. Tu umpan pertama dia, design baru setiap minggu. Umpan yang kedua pula, harga yang dia tawarkan memang dengan harga borong, bayangkan tudung premium(saya bukan pakar tudung ye, tapi saya taulah ada beberapa spesis tudung kat market tu) yang biasa rm100+ tapi dia offer sekali seminggu je pada pelanggan dia dengan harga rm20 ke 30 ringgit, 10 ringgit pun ada.

Jadi tak hairanlah kan hingga semua rak tudung tu sampai kosong gitu… cer tengok tu… (Ekspersi lelaki depan tu: “aku berjaya dapatkan tudung utk isteri aku, muahahahaha”)

Ok dah2 cukup merapu tu.. Baik, apa yang u all dpt belajar dari sini…

Bak kata Sifu, pemasaran adalah membina raving fan. Apa cara nak bina raving fan? Caranya adalah segala cara yang boleh membuatkan mereka tergila-gila dengan awak, produk awak, servis awak dan bisnes awak!

Buat raving fan seperti apa yang saya dapat dari baeder RELA tu, dia cakap orang datang depan shopping mall seawal jam 7 , 8 pagi lagi dan semua kena ambik nomber dulu… Apa yang anda semua tgk tu semua tunggu giliran mereka nak beli la tu..

Jadi, dalam marketing cuba buat agar bisnes anda pun dapat menarik pelanggan “die hard fan” seperti Aidijuma ni… So kena perah otak sikit la diadun dengan ilmu pemasaran yang awesome!

 

P.S siapa buat kedai tudung, cara mudah nak dpt hasil mcm Aidijuma ni, just copy paste je strategi dia, jangan lupa ambil no tefon setiap pembeli agar dapat buat Sms promotion anytime perlu cash mcm “hi dear, store kami hari ini ada diskaun 70%…bla bla”

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *