Bagaimana bersukan dapat membina kekuatan mental?

Saya biasanya akan bersukan pada petang hari selama satu jam. Dengan keadaan masa yang agak terhad, saya mendisiplinkan diri agar dapat bersukan setiap dua hari.

Pada pandangan saya, kita semua mesti ada jadual macam ni bagi menjamin kesihatan yang baik untuk jangka masa yang lama. Apalah gunanya jika kita memiliki kekayaan, wang ringgit, keluarga serta rakan-rakan tetapi kita hanya mampu terlantar di katil. Nauzubillahminzalik.

Bagi anda yang ingin bersukan atau biasa bersukan, anda mungkin lihat sukan itu secara zahir sahaja. Secara batinnya, sebenarnya bersukan itu membina kekuatan mental kita.

Caranya adalah, jika kita bersukan kita kena letakkan sasaran seperti berapa minit atau jauh kita nak berlari. Selagi kita tidak melepasi matlamat itu maka selagi itulah kita kena teus berlari.

Kerana jika kita berjaya mencapai target itu, kita sebenanya membina kekuatan minda kita agar:
Tidak mudah berputus asa
Fikir bahawa kita adalah seorang juara
Kita sentiasa habiskan apa yang kita mulakan
Kita adalah seorang pencapai impian (achieve)
Kita adalah lebih ke depan dari pesaing kita
Beberapa permainan minda ini kita sentiasa mainkan dalam minda kita hingga kita sampai ke garisan penamat atau masa yang ditetapkan.

Bayangkan jika anda lakukan ini setiap minggu untuk beberapa bulan, bukan sahaja otot badan anda akan semakin kuat tetapi yakinlah yang anda akan lihat perubahan dalam pekerjaan anda kerana kekuatan otot minda yang anda bina.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *