Bagaimana menjamin 100% kejayaan dalam perniagaan online?

website415qPernah tak anda dengar iklan Nike yang mengatakan “Just Do It!” , atau dalam bahasa Melayu, “Lakukan saja!”. Sebenarnya inilah falsafah yang perlu anda pegang jika anda ingin memperoleh kejayaan dalam perniagaan  online.

Mungkin bagi kebanyakan orang, mereka mempunyai seribu satu halangan untuk memulakan perniagaan online. Mungkin ada diantara yang mengatakan “saya tidak ada pengalaman” atau yang lain pula “saya tidak tahu untuk buat laman web dan promosi di internet” atau mungkin ada yang terlalu konservatif mengatakan “dapat ke buat duit dari internet?”

Menyimpan permikiran sebegini tidak akan membawa anda ke mana-mana, kerana hakikat yang sebenarnya adalah, memulakan dan untuk memiliki sebuah perniagan online adalah sesuatu yang amat mudah! Lebih mudah dari anda ingin memulakan perniagaan konvensional yang lain seperti buka kedai makan, kedai burger, jual baju di car booth sale, jual air di tepi jalan, buat promosi face-to-face, hantar flyers perniagaan dan sebagainya, perniagaan online 1000 kali lebih mudah dari semua itu!

Jika anda katakana, saya tidak ada pengalaman. Baiklah, adalah menjadi resepi yang antik; untuk berjaya memang kita kena bersedia untuk gagal. Tetapi untuk gagal dalam perniagaan online tidaklah terlalu menyakitkan atau membebankan seperti jika anda gagal dalam perniagaan yang lain yang memakan banyak masa, wang dan tenaga.

Sekiranya cubaan anda yang pertama gagal dalam bisnes online, ianya tidak memakan kos yang besar dan tenaga yang banyak. Anda boleh mula lagi 5 minit selepas itu, walaupun bank akaun anda tinggal RM100 lagi untuk berniaga. Dan melalui kesilapan yang anda pelajari itu, sebenarnya membantu anda untuk lebih meningkat dari segi ilmu dan pengalaman dengan cepat.

Sebab itu ada pepatah yang sering didengari dalam internet mengatakan, kena cepat gagal untuk berjaya.

Maksudnya kita jangan takut atau sedih jika kita gagal atas sebab kesilapan kita, sebenarnya itu adalah satu jalan yang pasti untuk kita menempuh kejayaan yang lebih besar – cuma apa yang penting adalah anda harus terus cuba dan berjuang, pengalaman demi pengalaman dikumpul sehinggalah anda cukup yakin apa yang anda lakukan seterusnya boleh membuahkan hasil.

Kenyataan yang mengatakan, tidak tahu untuk buat laman web dan sebagainya, jika ada yang mengatakan sedemikian maka sedar atau tidak ketika inilah peluang untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, waktu ini adalah masa yang paling tepat untuk anda menceburi bidang niaga online, kerana sekarang ini banyak infomasi yang boleh anda dapat dengan cepat,  secara interaktif dan secara juga secara berkerjasama melalaui forum, facebook dan sebagainya.

Ilmu seperti pemasaran internet, kajian pasaran online, cara dapatkan trafik dan ubah trafik itu jadi pelanggan banyak dicurahkan di merata tempat di blog, forum, fan page, sosial media dan sebagainya, salah satunya adalah blog yang anda baca sekarang. Jadi kekurang ilmu, bukanlah boleh dijadikan alasan untuk anda tidak boleh berjaya dalam bidang ini.

Berbalik kepada falsafah kita tadi, apa yang penting sekarang adalah anda perlu “Just Do It!” atau “Lakukan Saja!” kerana jika anda terus berdalih memberi pelbagai alasan anda akan terus mundur ke belakang pada masa yang sama cuma dapat mendengar serta menyaksikan kejayan orang yang yang sebenarnya anda sudah patut kecapi pada masa ini. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah Rancang dan Bertindak mulai Sekarang!

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *