Beyond marketing: rahsia rezeki dari langit dan bumi

Sering kali kita mencari jalan keluar kepada masalah kita, yang biasa menjadi masalah kepada ramai di antara kita adalah berkaitan dengan rezeki dan kewangan. Di dalam minda dan hati sentiasa risau bagaimana untuk survive, sampai bila perlu kerja keras begini, bagaimana bila dah tua serta lemah nanti, cukup tak wang simpanan di hari mendatang atau bila terdesak memerlukan, apa cara untuk tambah pendapatan dan bermacam lagi perkara yang dirungsingkan.
 
Inilah antara persoalan yang mungkin selalu bermain di minda. Tetapi jalan masih lagi tidak nampak, dinding penghalang masih berdiri teguh di hadapan. Fikiran masih kusut, tindakan pun jadi keliru, tak menentu. Terus risau.
 
Sudah pelbagai usaha dicuba tetapi hasil yang diimpikan masih terasa jauh untuk dicapai. Apakah sebabnya, dimanakah silapnya? 
 
Pada ketika ini, adalah kita sebagai seorang yang beriman seharusnya membuka panduan teragung, yang merupakan penyuluh dan guideline kehidupan untuk manusia sejagat iaitu Al-Quran dan juga Al-Sunnah. Pernahkah kita memikirkan, apa ada dalam ke dua sumber itu yang bercanggah dengan fakta yang dikaji mutakhir ini. Kajian barat telah mengkaji kebenaran al-Quran terutamanya fakta sains seperti kejadian anak di dalam rahim ibu hingga penciptaan alam semesta ini. Ilmu tentang perkara itu telah wujud 1400 tahun dulu sedangkan teknologi yang membenarkannya timbul dalam sekitar 200 tahun kebelakangan ini sahaja.
 
Jadi jika ilmu tentang kejadian utama alam ini seperti kejadian manusia, Allah telah mendedahkan ilmuNya kepada kita, adakah kita tidak merujuk kepadaNya dalam soal rezeki serta kewangan? Allah s.w.t dalam firmanNya yang bermaksud, "Al Quran adalah penerang segala sesuatu"
 
# kuasai beyond marketing
 
Apa yang saya maksudkan dengan beyond marketing adalah memberi dahulu untuk mendapatkan sesuatu. Banyak kisah yang kita dengar hukum "the more you give, the more you get back" itu yang menjadi sebutan mereka yang kenal kesannya, tetapi kita pula, sejauh mana hukum itu  diserapkan dalam amalan seharian kita.
 
Hukum ini kita dengar dari Barat kan, tetapi mari kita lihat sumber yang lebih asli..
 
"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai. Tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikhendakinya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah, 261)
 
Masihkah kita ingat ayat itu, atau sudahkah kita lupa, marilah sama2 kita mohon kemaafan dariNya kerana kita tidak ingat bahawa dia sudahpun menunjukkan jalan keluar, cuma kita yang tidak kembali ke panduan yang sebetulnya. Asyik mengharapkan makhluk, tidak beramal dengan strategi kewangan yang Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih berikan kepada kita sejak dulu lagi.
 
Mungkin adalah lebih baik saya kongsikan satu kisah kepada anda, bagaimana dengan beyond marketing ini telah memberi inspirasi kepada saya untuk betul2 beramal dengan ayat tersebut. Kisah nya dari seorang Ustaz, yang bernama Haji Mohammad Asraff Ayob al-Hafiz yang dia kongsikan kepada saya.
 
# Kehidupan berubah, bila keyakinan diubah
 
Kisahnya begini, sebelum ini Ustaz Asraff memang sering menghadapi masalah dengan kewangan dan sering berhadapan dengan kesempitan rezeki. Kehidupannya mula berubah setelah mendengar nasihat dari seorang alim yang ketika itu memberi tazkirah di sebuah masjid, beliau dalam ceramahnya mengatakan bahawa dengan sedekah itu ianya bukanlah merugikan kita tetapi merupakan suatu perlaburan yang menguntungkan.
 
Terkesan dengan nasihat dari orang alim itu, Ustaz Asraff yang sebelum ini hanya biasa sedekah seringgit-seinggit sahaja mula meyakinkan diri dengan firman Allah yang pernah dipelajarinya yang bermaksud, 
 
"...barangsiapa yang sedang disempitkn rezekinya, maka bernafkahlah (bersedekah) dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya..."
 
Tidak lama selepas hari itu, pada hari Jumaat kebiasaannya dia akan pandang enteng sahaja pada tabung masjid atau kalau sedekah pun masuk seringgit sahaja, tetapi pada hari tersebut Ustaz cuba untuk memberi lebih yang mana ketika itu beliau tergerak untuk menyedekahkan wang besar iaitu duit not seratus tiga keping (pada asalnya dia nak sedekah RM10 saja, kerana dalam dompet ada RM300 lebih ketika itu) 
 
Hatinya mula dibisik dengan hasutan syaitan sejurus hendak menyumbang, pentempuran dasyat antara syaitan dan malaikat kedengaran di lubuk hati.
 
Tetapi dikuatkan hati juga dengan berzikir kepada Allah agar dilindungi syaitan, alhamdulilah pertempuran tadi menggembirakan Para Malaikat serta Rabbul Izzat, Ustaz berjaya mensedekahkah lebih dari kebiasaannya yang dikuatkan lagi dengan firman Allah s.w.t ,
 
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna) sehinggalah kamu menafkahkan harta yang paling kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." ( Surah A'li Imran: 92 )
 
Setelah dari peristiwa itu, beliau balik ke rumah dan seperti rutin hariannya dia akan buka komputer cek emel... Alangkah terkejutnya beliau ketika membuka emel kerana apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t itu berlaku dengan pantas sekali. Dalam emel tersebut ada sebuah syarikat di Singapura ingin menempah serta menjadi agen produk pengajian Mudah baca Al Quran (www.inspirasiqurani.com) beliau dengan jumlah sepuluh ribu ringgit. Ustaz Asyraf ketika itu amat sebak kerana tidak menyangka Allah begitu pemurah dan mengotakan janjiNya dalam masa yang begitu singkat! 
 
# menjadi pakar penarik rezeki
 
Tuan puan yang budiman, ini adalah satu kisah yang saya ceritakan agak mendalam tetapi ringkas kepada anda, ada banyak lagi kisah yang kita semua mungkin maklum seperti yang tertulis dalam laman web rasmi Yayasan Al Bukhary dimana saya terkejut membaca bahawa Tuan Syed Bukhari pada awal hayat dia berniaga dia melazimkan mensedekahkah separuh dari keuntungan beliau kepada orang kampungnya yang memerlukan. 
 
Adakah beliau mengamalkan hadis ini fikir saya, yang menyebabkan saya juga ingin mengamalkan seperti beliau, tidak ada sumber yang mengatakan bahawa Tuan Syed Bukhary mengamalkan hadis itu tetapi tindak tanduknya itu bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w ini,
 
"Satu dirham mengalahkan 100,000 dirham." Lalu seseorang bertanya, "bagaimana hal itu boleh terjadi wahai Rasulullah? Sabda Baginda s.a.w lagi "Seseorang mempunyai harta yang banyak sekali, kemudian ia mengambil dari hartanya itu 100,000 dirham untuk disedekahkan. Tetapi ada seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, kecuali hanya 2 dirham, lalu yang satu dirham ia ambil untuk disedekahkan." (Hadis Riwayat An-Nasa'ie)
 
Tuan-puan, wujud ke perlaburan atau marketing r.o.i yang sedemikian rupa? Satu ringgit yang kita labur lebih dasyat dari 100,000 ringgit yang kita boleh perolehi? Tuan-puan jangan takut melihat jumlah itu, tidak salah untuk kita jadi seorang yang berharta bila tetap bertaqwa kepada Allah s.w.t , kerana Allah sudah jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, dan segala yang Dia kurniakan kepada kita adalah amanah yang besar untuk kita kongsikan kepada manusia, agama dan alam ini dalam pelbagai bentuk.
 
Jika niat kita betul untuk jadi kaya supaya tidak meminta, supaya dapat membantu keluarga, supaya tidak kufur kerana susah atau miskin , supaya dapat membantu orang lain, maka Allah bila memperkenankan niat yang suci Dia boleh beri, tapi yang utama kita kena yakin padaNya dan taat atas segala suruhanNya.
 
Ini kerana orang yang mencari harta halal amat dipuji oleh Rasulullah sebagai orang yang berada di jalan Allah s.w.t,
 
"Jika dia keluar mencari rezeki kerana anak kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki untuk kedua ibu bapanya, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia mencari rezeki untuk dirinya sendiri, maka dia berada di jalan Allah, dan jika dia mencari rezeki dengan perasaan riak dan membangga diri, sesungguhnya dia berada di jalan syaitan." (Hadis Riwayat Tabarani)
 
# 10/10 baru kena cara
 
Seperti kisah Ustaz Asraff awal tadi, sebenarnya sebelum ini pelbagai usaha untuk dia marketing produk Al-Qurannya dengan harapan dapat jualan hingga 5 angka, semuanya secara zahir usahanya nampak sempurna tetapi hasil tetap tiada. 
 
Ini menunjukkan bahawa usaha kita untuk menarik rezeki hanya 1/10 sahaja, bakinya adalah bagaimana usaha kita untuk mengembirakan Ar Razzaq al Wahab , Yang Maha Pemberi Rezeki dan Yang Maha Mengurniakan - ya antaranya bersedekah, dan bersedekah yang sebanyak yang mampu, bersedekahlah apa yang kita rasa takut dan sayang nak beri, bersedekahlah seperti seorang yang kaya raya iaitu dengan hati yang senang dan kaya jiwa.
 
Inilah yang dikatakan sebagai beyond marketing, memberi sebanyaknya dengan ikhlas kerana ingin mengembirakan Ilahi, bila Allah suka pada kita, mudahlah untuk Dia memberi apa yang kita minta, tetapi jika kita kedekut bakhil nak beri dia pun takut nak beri pada kita,
 
"Berinfaqlah dan janganlah kamu mengitung-hitung hartamu, kerana Allah juga akan menghitung-hitung rezekiNya untukmu, dan janganlah engkau bakhil dengan hartamu, kerana Allah juga akan bakhil kepadamu." ( Hadis Riwayat Bukhari )
 
# reformasi ekonomi
 
Jadi, untuk anda lebih nampak jalan apa yang patut dilakukan sebenarnya, saya ingin kongsikan satu petua. Langkah dan aplikasinya amat mudah untuk anda membuka luas pintu rezeki dan menarik rezeki umpama magnet berdasarkan konsep beyond marketing tadi.
 
Pertama, anda perlu ada tabung sedekah. Tabung ini wajib untuk anda isi setiap hari sampai bila2 pun, tanpa ditinggal sehari pun. Mula dengan jumlah yang mampu seperti lima puluh sen, yang penting jumlah yang ada rasa dapat istiqamah setiap hari.
 
Kedua, bila anda belanja duit dalam tabung tu? Ada 2 pendekatan. Pertama, anda belanjakan sekali sebulan, wajib habiskan untuk belanja sedekah pada yang memerlukan. Atau pendekatan kedua, belanja guna duit tabung itu bila nampak ada orang yang amat memerlukan, atau yang meminta-minta sedekah.
 
Ketiga, dalam beberapa ketika anda akan mula lihat kesan rezeki anda menjadi semakin mudah manakala hati anda menjadi semakin lapang. Dan jika anda yang jenis high risk, high return punya manusia, anda bolehlah gandakan jumlah yang anda rasa berat sikit, contohnya seringgit atau lebih setiap hari. Dengan ini anda akan lihat kesan yang lebih power.
 
Keempat, bila pendapatan anda mula bertambah, cubalah sumbangkan 10% dari income baru anda juga dalam tabung tersebut. Ingat ini adalah perlaburan dunia akhirat, jangan takut untuk melabur pada sesuatu yang sahamnya pasti akan naik!
 
Kelima, untuk luaskan lagi rezeki anda, tidak ada cara lain melainkan anda wajib berniaga. Mulakan secara kecil-kecilan , yang penting wajib mula, Nabi s.a.w sendiri pun berniaga, sebagai contoh untuk umatnya, dan kerana nak luas rezeki kita kena masuk dalam medan 9/10 sumber rezeki yang Nabi telah wasiatkan pada kita iaitu melalui perniagaan, baru anda anda lihat lebih kesan dari amalan anda itu.
 
Sebab apa perlu berniaga? Sebab bila anda lakukan amalan seperti bersedekah di atas, anda akan nampak nusrah (bantuan) Allah s.w.t dalam hidup anda, jika anda sempit rezeki tiba2 Dia buka jalan untuk anda, jika anda ada masalah Dia akan tunjuk jalan keluar pada anda. Ini secara tidak langsung menjadikan anda insan yang sentiasa bergantung harap pada bantuanNya, sentiasa terdorong untuk takut serta mentaati segala perintahNya. Inilah kejayaan sebenar dunia akhirat.
 
Akhir kata dari saya, bertindaklah sejurus anda baca perenggan akhir artikel ini, kehidupan anda hari ini adalah sebab hasil apa yang anda lakukan hari2 semalam, dan masa depan anda di hari2 esok ditentukan oleh apa yang anda laburkan pada hari ini dari segi masa, wang dan tenaga untuk capai matlamat anda itu.
 
Semoga anda kaya dan berjaya dunia akhirat!
 
P.S Sila komen utk beri pandangan anda serta jika ada sesuatu ilmu baru yang baru anda dapat dari sini...
 
.. dan yang penting sekali tolong "SHARE" ...sebab ada orang akan berterima kasih kepada anda kerana anda titipkan perkongsian ini kepada mereka yang mungkin juga berada dalam masalah yang sama. 
 
Tolong "ShARe" untuk amal jariah pahala berterusan jika ada orang yang lepas ini beramal dan lebih yakin kepada janji Allah s.w.t setelah membaca artikel ini... AAMIIN..

 

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *