Bina Laman Web Sebagai Juru Jual Maya Anda

Jika anda pergi ke pasaraya, juru jual diperlukan untuk mempromosi, menerangkan tentang produk yang mereka ada serta membantu bakal pelanggan untuk faham fungsi produk. Itu yang biasa kita jumpa dalam dunia sebenar.

Dalam dunia maya internet, laman web merupakan juru jual anda yang setia mempromosi bisnes anda tanpa penat lelat atau rehat pun. Laman weblah satu-satunya cara untuk anda berhubung dengan bakal pelanggan serta menjelaskan kepada mereka tentang khidmat serta produk anda.

Oleh yang demikian, laman web anda perlu memiliki mesej yang gagah, lengkap serta jelas, jika tidak pelawat laman web anda akan dengan mudah klik untuk beredar ke web lain, dan peluang untuk mereka datang semula ke laman web anda amat tipis. Ini kerana mereka sudah mempunyai pengalaman yang tidak memenuhi kehendak mereka, jadi buat apa mereka nak pergi lagi.

Sebab itu, membina laman web perlu disertakan dengan ayat jualan (atau biasa digelar sebagai copywriting) yang mantap. Ayat jualan atau copywriting bertujuaan:

  1. Menangkap dengan segera perhatian pelawat laman web yang pertama kali singgah di web anda, menurut kajian, anda hanya ada 6 ke 10 saat sahaja untuk menarik perhatian mereka dan memberi mereka sebab yang kuat untuk terus membaca atau melayari laman web anda.
  2. Memperkenalkan diri anda kepada pelawat sebagai orang yang sememangnya pakar dalam bidang yang anda ceburi, orang akan lebih selesa untuk berurusan dengan mereka yang pakar bukan sekadar mahu menjual tetapi boleh menyelesaikan masalah mereka.
  3. Memberitahu dengan jelas dan lengkap apa produk atau servis yang anda tawarkan, apa manfaat atau nilai yang mereka boleh dapat dari laman web anda.
  4. Memujuk serta membimbing dengan tertib yang betul agar bila anda melakukan jualan, mereka sendiri yang akan rela diri menyerahkan wang kepada anda, kerana mereka sudah nampak nilai serta manfaat yang mereka dapat dari anda.
Kesimpulannya, tertib yang betul dalam membina surat jualan menentukan jatuh bangunnya perniagaan online anda, kerana itu menulis surat atau ayat jualan memerlukan latihan yang berterusan untuk anda menguasainya. Ianya bukan seni tetapi umpama sains yang mempunyai formula tertentu untuk menjayakannya.

Bahagian ke dua bab ini akan mendedahkan kepada anda ciri-ciri yang wajib anda dalam laman web dan, ciri-ciri ini jika anda dapat kuasai anda boleh gunakan dalam mana-mana medium pemasaran samada offline atau online, kerana ia memang berkesan semenjak lebih 100 tahun lepas dan terus berfungsi serta digunakan hingga ke hari ini.

Ilmu ini jika anda dapat kuasai akan menjadikan anda umpama dapat menjual apa sahaja selepas itu, hadam dan amalkan betul2 apa yang anda pelajari di sini.

10 hukum menulis ayat jualan

Dalam bab menulis surat jualan langkah demi langkah ini, saya akan fokus supaya anda menggunakan surat jualan panjang. Surat jualan jenis ini anda banyak temui dalam apa jua promosi produk atau servis yang tunggal (single product), sebabnya ia memang berkesan berbanding surat jualan lain.

Tetapi sekiranya anda mempunyai banyak produk ( multi produk ) anda memang tidak dapat elak untuk menggunakan surat jualan jenis katalog, tetapi segala elemen yang ada disini anda boleh gunakan untuk setiap laman web untuk setiap satu produk anda itu.

Berikut adalah rangka yang boleh anda gunakan untuk membuat surat jualan anda, ingat bahawa teknik ini telah terbukti berkali-kali memberi kesan yang positif terhadap pemasaran dan juga apa jua bisnes yang anda jalankan. Ia telah diguna oleh pakar jualan lebih satu abad lamanya kerana faktor berikut:

  • Fokuskan perhatian audien kepada tawaran anda
  • Meminta audien untuk klik ke mana-mana link dalam laman web anda menurut kajian akan menghilangkan 40% hingga 80% audien anda.
  • Ia seolah-olah memimpin tangan audien anda dalam proses jualan yang strategik
  • Bila tiba pada tahap proses jualan tertentu, bila masa mereka hendak membuat keputusan membeli, maka surat jualan anda akan membantu supaya mereka segera membuat tindakan tersebut tanpa berlengah, ragu-ragu atau takut.
  • Tajuk headline yang segera memukau audien (pelawat pertama kali ke web anda)

  • Sub tajuk headline

  • ┬áDaripada: (nama) (tarikh & masa)

  • Memberi salam dan sapaan (wahai saudara yang saya hormati)

  • Mukadimah : membangkitkan isu serta masalah sehingga menyentap emosi pelawat

  • Isi #1 : membina kredibiliti anda, biar pelawat anda tahu yang anda manusia yang wujud bukan hanya teks di sebalik laman web, tonjolkan kepakaran serta pengalaman yang ada, bonus jika ada bergambar dengan selebriti

  • Isi #2 : kaitkan masalah pelanggan dengan diri anda

  • Isi #3 : terangkan bagaimana produk/servis anda boleh menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, terangkan dengan padat serta ringkas bagaimana ia dapat diselesaikan

  • Isi #4 : jelaskan manfaat produk anda serta gunkan bullet point untuk menekankan beberapa manfaat besar produk atau servis anda. Seperti:

    • Manfaat #1 serta penerangan ringkas

    • Manfaat # 2 serta penerangan ringkas

    • Manfaat # 3 serta penerangan ringkas

    • Dan seterusnya

  • Isi #5 : memberitahu pada bakal pelanggan atau pelawat berkenaan dengan harga anda, kenapa anda memilih harga tersebut serta terangkan kenapa ianya berpatutan

  • Penutup #1 : longgok seberapa banyak BONUS TAMBAHAN yang berkaitan agar nilai tawaran anda bertambah hingga pelawat rasa amat rugi jika mereka tidak mengambil tawaran itu

  • Penutup #2 : hapuskan rasa ragu2 pelawat dengan memberi jaminan yang kukuh seperti jaminan wang dikembalikan atau cuba tanpa risiko selama 60 hari

  • Penutup #3 : tanya dan minta mereka untuk menempah. Tunjukkan langkah yang jelas serta mudah untuk mereka membeli dari anda, buat seperti langkah demi langkah agar mereka tidak keliru. Jangan lupa untuk letak tawaran terhad sama ada dari bentuk unit produk ataupun dari segi masa, contoh: tawaran terhad untuk 25 orang pertama, tawaran hingga 15/4 jam 11.59 malam ini,

  • Mengundur diri: yang benar, (nama), (jawatan anda dalam perniagaan seperti pengarah urusan bisnesjaya sdn bhd)

Panduan copywriting (headline) yg sentap perhatian pelanggan.

Tajuk headline:

Headline yang mampu menangkap perhatian pelawat memerlukan beberapa elemen, saya telah nyatakan beberapa elemen tersebut dibawah, kerana gaya menulis tajuk sebenarnya ada lebih 50 cara.

Saya hanya memberi 2 elemen sahaja, kerana elemen ini terbukit memberi impak yang gagah bagi menarik perhatian bakal pelanggan hanya dalam kurang 10 saat.

Elemen #1: menekankan manfaat besar serta penyelesaian mantap yang diperlukan oleh bakal pelanggan anda.

Meletakan janji besar atau manfaat besar serta hasil yang mereka bakal dapat, dengan meletakan ayat yang mengarahkan kepada tindakan yang mengujakan seperti:

  • Bagaimana untuk belajar…
  • Bagaimana untuk menjadi…
  • Ketahui rahsia…
  • Kenapa anda perlu…
  • Terokai bagaimana untuk
  • Terokai sebab anda…
  • Tingkatkan (manfaat produk atau servis anda)
  • Kurangkan (masalah yang produk atau servis anda boleh bantu)
  • Turunkan..
  • Hentikan atau berhenti…
Tajuk headline adalah umpama kunci utama jualan anda, dan ianya antara faktor yang agak penting dalam menentukan kejayaan tawaran surat jualan anda, samada anda boleh mendapat jualan atau sebaliknya.

Selalunya pada cubaan yang pertama anda bakal menemui kegagalan, biar saya berterus terang pada anda. Maka oleh sebab kebarangkalian itu, anda perlu menulis 5 ke 20 tajuk headline yang berbeza yang akan diuji setiap satu.

Setelah anda menemui mana yang memberi reson yang tertinggi, maka itulah tajuk yang diperlukan sebenarnya bagi membantu memberi impak kepada jualan anda.

Tips: ada beberapa perkataan yang telah diuji memberi kesan serta impak yang kuat pada surat jualan anda. Antaranya:

  • PERCUMA

  • Jualan istimewa

  • Mudah

  • Cepat

  • Dijamin

  • Beruntung

  • Berkesan

  • Hasil terbukti

  • Jimat

  • ANDA

Menggunakan ayat ganti diri “anda” memberi ruang kepada bakal pelanggan anda mudah untuk mengaitkan diri mereka kepada tawaran anda. Maka ianya adalah lebih afdal untuk digunakan, daripada hanya mengetengahkan diri,produk,serfis atau syarikat anda semata-mata.

Elemen #2:

Elemen ke dua berbeza denga elemen pertama kerana ia lebih fokus terus kepada masalah pasaran sasaran anda. Cara yang paling mudah untuk menarik perhatian mereka serta menapis mereka yang betul perlu atau berminat dengan tawaran anda adalah dengan menanya masalah tersebut. Contoh dipermudahkan seperti berikut:

Contoh produk: vitamin untuk minda kanak-kanak

Pasaran sasaran: ibu-ibu yang mempunyai anak antara 1 ke 15 tahun

Contoh headline: anak anda kurang tumpuan semasa belajar?

Dengan bertanya soalan yang sedemikian ada beberapa kelebihannya:

  • Orang yang hanya yang kita sasarkan akan tertarik pada tawaran kita, seperti ibu yang ada anak. Wanita yang tidak berkahwin atau tidak mempunyai anak tidak akan berminat pada tawaran kita, jadi kita telah menapis mereka yang ada potensi membeli sahaja.
  • Kita mensasarkan orang yang mempunyai masalah tertentu, maka orang yang tidak ada masalah tersebut tidak akan melihat tawaran kita.

Tips: Kunci utama untuk mendapat jualan adalah dengan fokus mensasarkan mereka yang betul2 perlu pada produk atau servis kita, bukan mensasarkan pada semua wanita dalam kes ini atau lebih teruk bila mensasarkan pada semua orang.

Tips: Jangan sesekali membentangkan harga kepada pelawat atau prospek anda, kerana jika anda membentang harga terlalu awal tanpa menggambarkan nilai dalam bentuk manfaat yang mereka boleh dapat maka, tawaran anda itu dilihat seperti ingin menjual dan ambik duit mereka sahaja, orang menjadi kaya dalam dunia ini kerana mereka memberi serta menambah nilai hidup orang lain.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *