Fungsi URL Rotator

link rotator 1URL rotator atau link rotator atau dalam bahasa melayu, pemutar pautan boleh dikatakan sebagai aksesories untuk laman web. Ini kerana dengan adanya alat sebegitu ia membolehkan pemilik laman web atau blog memberi banyak kelebihan jika digunakan dengan kreatif.

 

Antara fungi dan kelebihan url rotator ini adalah:

  • Memudahkan eksperimen iklan, untuk mencari iklan mana yang lebih bagus
  • Membahagikan trafik dengan sama rata bagi tujuaan tertentu

Saya akan mudahkan penerangan ini dengan berpandukan gambar rajah di bawah.

1. Memudahkan eksperimen iklan, untuk mencari iklan mana yang lebih bagus
Jika anda mempunyai laman web atau blog, sudah menjadi kelaziman untuk kita meletak iklan banner atau iklan teks samada mempromosi produk, servis atau event. Kebiasannya, kita hanya akan meletak satu jenis iklan sahaja.

Bagi pakar perniagaan online, adalah menjadi satu kepelikan jika kita buat sesuatu kempen iklan, pemasaran, ayat pujuk dan sebagainya tanpa menguji (testing) bagi mendapat hasil yang paling baik samada menjana jualan atau klik. Ianya begitu penting hingga mereka mengatakan “semua perkara kita kena uji dan ubah (test and tweak), uji dan ubah hingga kita dapat hasil yang paling memuaskan..”

url rotator untuk bisnes online 1

Jadi dengan url rotator bila ada trafik datang, iklan akan berubah setiap kali. Jadi jika iklan A lebih memberi output yang positif dari iklan B atau sebaliknya, maka kita akan tahu.

2. Membahagikan trafik dengan sama rata bagi tujuaan tertentu.
Katakan ada 10,000 orang masuk dalam laman web/blog kita dan iklan kita berada di posisi yang sangat strategik untuk mereka klik, maka dengan url rotator yang ada 3 atau 4 iklan berpaut dengan laman web kita yang lain, maka cara ini menjadikan kita memaksimumkan trafik hanya berlegar dalam netwok kita sahaja.

url rotator untuk bisnes online 2

Mungkin setiap iklan tadi boleh dapat 1000 klik setiap satu dari 10,000 orang pelawat baru yang datang. Bagi mereka yang melancarkan laman web baru, produk baru atau servis baru ini amat bermanfaat kerana dapat trafik percuma sahaja tanpa perlu kerja lebih.

Secara ringkasnya, seperti yang saya nyatakan awal tadi; apa tujuaan dan bagaimana kita nak guna link rotator ni terserah kepada kreativiti kita, antara yang menarik minat saya dalam penggunaan aksesories ni adalah jika kita ada rangkaian rakan niaga seperti kita terlibat dalam MLM atau affiliate online, dengannya kita dapat membantu rakan niaga kita mendapat pendedahan trafik (juga jualan) dari laman web pusat yang berusaha keras dalam membawa trafik yang banyak.

Di mana nak dapatkan link rotator ni dan berapa harganya?
Kebanyakannya link rotator ni boleh didapati dengan percuma sahaja seperti:
WP Url Rotator Manager (untuk plugin WordPress) atau 360urlz.com

Jika anda inginkan fungi yang lebih advanced, maka ada beberapa syarikat yang menawakannya seperti, ebizrotator.net

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *