Jangan salahkan Tuhan untuk berjaya

Mengapa kita melakukan ketaatan kepada Tuhan? Dewasa ini banyak yang mengaitkan amalan agama dengan harapan untuk mendapat kesenangan dunia, malah ada sanggup menggunakan nama agama demi untuk mendapat untung, seperti baru-baru ini saya dengar hinggakan sabun pencuci baju pun dipromosi dengan bacaan 30 juzuk ayat suci al-Quran. Adakah layak agama yang agung diposisikan dalam keadaan sedemikian?
Keadaan seperti itu memberi persepsi dan tujuaan yang salah dalam membuat sesuatu ketaatan. Bukankah ketaatan itu wajib dilakukan dengan ikhlas tanpa berselindung disebalik hati yang inginkan kekayaan dari perkara yang diusahakan, contohnya berniaga. Bukankah hanya amalan yang ikhlas serta tidak menyekutukanNya dengan sesuatu pun yang akan diterima?
Jadi bagaimana untuk menghadapi perkara ini dan apa kelebihannya? Dalam keadaan ini, perlu kita melihat bagaimana air dan minyak bila dicampurkan, ia takkan bercampir bukan? Maka, dari konsep ini, kita perlu mengikhlaskan diri kita dalam beramal, memanglah disebalik amal ibadat itu boleh menarik bantuan Allah s.wt. Seperti bila kita beristifar, kelebihannya menurut hadis, ianya boleh menghilangkan perasaan sedih dan duka, ianya membuka jalan keluar kepada masalah dan ianya mendatangkan rezeki dari sumber yang tidak disangka.
Itu adalah kesan dari kita beramal tadi. Dapat atau tidak kesan tersebut bergantung dengan banyak faktor, antaranya apa niat kita, kesungguhan kita beramal dan berapa lama kita mengamalkannya.
Tetapi jika kita buat dengan kadar yang banyak dan lama sekalipun tetapi hati kita tidak ikhlas, ianya tidak akan diterima. Jadi apa yang seharusnya dilakukan adalah meluruskan niat kita melakukan sesuatu amalan hanya untuk mencari redha Allah s.w.t dan membina hubungan denganNya.
Dalam al-Quran biasa kita dengar ayat motivasi ini, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib mereka terlebih dahulu” Dalam kita membuat sesuatu demi untuk mencapai impian, secara teknikalnya kita harus melakukan dengan kesungguhan yang semaksimum mungkin. Kita lakukan seolah-olah kejayaannya bergantung kepada usaha kita, walaupun hakikatnya datang dari Allah s.w.t
Janganlah menjadi seorang yang beribadat tetapi usaha kita secara zahirnya tidak sekuat kita beramal. Hanya mengharap serta berangan-angan kita akan berjaya dengan sedikit usaha dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada sang khalik. Ini adalah tidak tepat.
Kesimpulannya, tujuaan saya mencoret sedemikian adalah supaya kita jangan menyalahkan Tuhan bila sesuatu tidak menyebelahi kita tatkala kita rasa sudah cukup banyak beramal, ini akan lebih memberi tekanan serta stress kepada kita. Takut kita boleh menjadi kufur dalam iman padahal yang salahnya bukan Tuhan tetapi diri kita sendiri tak cukup usaha. Perlu anda ingat Allah s.w.t bantu atau tidak itu terserah kepada kehendakNya, kita hanya mampu berharap serta terus berusaha. Masih adakah nikmat Tuhan yang kita ingin kita dustakan?
Jadi bilamana kita mempunyai permikiran begini, kita akan melakukan sesuatu amal hanya kerana kita mencari redha Tuhan sebagai hambaNya. Ini sekaligus menjadikan kita seorang yang lebih tekun berkerja mencapai segala impian kita, lebih tenang serta ikhlas bila melakukan amal ibadat dan bila di akhirat nanti in shaa Allah amal kita putih bersih tanpa sebarang campur aduk dengan yang lain.
Sila komen dan Share agar banyak lagi yang dapat manfaat.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *