Kenapa Anda Berada Disini?

man_relaxingApa yang membezakan manusia dengan binatang? Jika kita lihat dan fikirkan perkara ini, maka kita akan mendapat sedikit hikmahnya. Jika kita lihat binatang buat rumah mereka, seperti burung yang buat rumah pelbagai jenis dan di pelbagai tempat.

Manusia pun begitu juga, binatang keluar dari sarang mereka dan balik petang untuk bagi anak-anak mereka makan. Tidakkah begitu? Jadi apa yang membezakan manusia dengan binatang adalah akal mereka. Jika manusia tidak menggunakan akal maka, samalah seseorang itu dengan binatang.

Itu sebagai mukadimah sahaja. Kita sebagai manusia yang berakal pasti mengetahui apa tujuaan kita membuat sesuatu perkara. Kita makan kita nak mengisi perut kita yang kosong, begitu juga tujuaan anda berada di blog ini.

Secara umumnya, pengguna internet yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan internet akan melayari blog atau sesuatu laman web yang berkait rapat dengan minat mereka, atas 3 sebab.

1. Untuk mencari perniagaan yang dapat menembusi pasaran di dalam dan luar negara.

Banyak pengguna internet tidak kira samaada mereka baru atau sudah lama berjinak dengan permasaran internet, tujuaan utama mereka mencari maklumat secara online adalah untuk mendapatkan kaedah yang boleh membantu mereka membina perniagaan yang boleh dilakukan dengan mudah dan tanpa sebarang kepakaran yang agak rumit.

Maka dengan ini, perniagaan internet adalah penyelesaian yang terbaik sekali. Kerana dengan kos yang rendah pun, perniagaan internet boleh mencapai pulangan keuntungan berganda disebabkan capaian yang meluas yang boleh didapati melalui jaringan internet.

Bayangkan anda hanya duduk di rumah dengan laptop anda, tetapi anda sebenarnya menjalankan perniagaan yang boleh dilihat oleh 1,000 atau 10,000 atau 100,000 atau 1,000,000 orang! Dalam perniagaan yang biasa, untuk mendapat pendedahan begini pasti akan menelan belanja hingga ribuan ringgit seperti iklan melalui tv, radio, surat khabar dan sebagainya.

Tetapi dengan internet, jika kita menggunakan Facebook atau Google Adword contohnya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda dengan kos hanya RM0.10 hingga RM1 untuk satu orang yang betul-betul berminat dengan produk atau servis anda.

Jika anda mempunyai bujet RM100 dan sekiranya kos untuk satu klik pengguna internet yang berminat dengan anda mungkin RM0.50 jadi anda sudah mendapat 200 orang bakal pelanggan yang benar-benar berminat dengan perniagaan yang anda jalankan.

Contohnya, sekiranya mereka mencari “ubat menguruskan badan” maka mereka dengan mudah dapat menjumpai produk anda jika anda iklan menggunakan Google atau Facebook yang menawarkan servis iklan yang terperinci (targeted ads).

2. Untuk mencapai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.

Sering kita mendengar kabar berita (yang sahih semestinya) bahawa banyak orang sudah dapat membuat duit dari internet, tidak kisah lah sekiranya dia berjaya buat RM10 sehari, RM100 atau RM1000 sehari. Semua ini sudah dapat dicapai sekarang ini.

Maka dengan bisnes online, sebenarnya ianya sudah terbukti bagi sesiapa yang ingin mencapai kebebasan kewangan dan masa tanpa perlu bekerja dengan berpeluh serta penat lelah, jentera internet inilah jawapannya. Anda boleh bekerja mengikut jam anda sendiri, jika anda baru bermula contohnya dan sekarang anda masih lagi makan gaji, anda boleh buat secara part time, 2 ke 3 jam sehari selepas waktu bekerja anda.

Dan bagi yang mempunyai masa yang lapang pula, mereka boleh terus fokus untuk membina perniagaan yang kukuh yang benar-benar dapat menjana pendapatan kepada mereka secara konsisten.

3. Untuk dapat menggunakan masa mereka tanpa menurut keinginan mereka, bukan orang lain. 

Sekarang ini, kebanyakan orang mengalami stress atau tekanan. Bagi bandar-bandar yang pesat pula seperti Kuala Lumpur, Johor, Kuching, Kota Bahru dan lain-lain kebanyakan mereka terlalu mengejar masa, dengan waktu bekerja, nak ambik anak di sekolah lagi, nak pergi meeting, jumpa klien dan sebagainya.

Mungkin bagi yang bekerja sendiri atau berniaga, penat lelah mereka mungkin dirasakan berbaloi kerana mendapat hasil terus setelah bekerja, tetapi bagaimana pula yang makan gaji setiap bulan? Mereka adalah golongan yang sebenarnya yang banyak ingin keluar dari kepompong kesesakan ini.

Jika anda sudah berkeinginan untuk bebas dari semua itu, perniagaan internetlah yang terbaik sekali kerana anda bekerja menurut jam anda sendiri, dan tidak ada orang yang boleh memerintah anda untuk buat itu dan ini , waktu itu dan waktu ini. Semuanya anda tentukan, tetapi untuk mencapai tahap ini, anda perlu bermula dengan serius dan fokus.

Tanpa dua kunci itu, adalah mudah untuk kita jatuh ke dalam perangkap “info-overload” iaitu oleh kerana terlalu banyak peluang di internet sekarang, semua anda ingin cuba tanpa cuba fokus untuk membina satu perniagaan asas yang kukuh yang dapat menampung keperluaan harian anda.

Kesimpulannya, internet sememangnya adalah medium yang terbaik bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad, modal yang terhad tetapi dengan medium ini menjanjikan sesuatu yang diluar jangkaan anda. Semoga kita semua tergolong dalam orang yang memiliki kejayaan tersebut.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *