Kesan Media Sosial Kepada Pelajar

website415qSeperti mana masa yang pantas berlalu, begitu juga teknologi yang sentiasa berkembang setiap hari dengan kadar yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini.

Ini termasuklah penggunaan internet mengkhususkan kepada laman sosial atau media sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter, Flickr, Instagram dan yang terbaru Google+.

Menurut Erik Qualman, seorang pakar dalam bidang sosial media memberitahu dalam bukunya, Socialnomic, “Adalah media sosial merupakan perubahan yang terbesar selepas revolusi perindustrian” (Qualman, 2010) Sekiranya kita melihat dengan lebih dekat lagi, memang ada kebenaran dalam dakwaan beliau.

Ini kerana media sosial telah membuat banyak perubahan kepada bagaimana manusia berhubung, menghantar serta menerima maklumat dan apa yang paling signifikan adalah cara manusia mula membuat keputusan atas sesuatu perkara.

Laman sosial adalah terbuka luas, percuma dan kandungan yang boleh diakses seperti weblog, forum dan laman rangkaian sosial seperti Facebook yang mana maklumat serta kandungannya banyak disumbangkan oleh pengguna laman itu sendiri.

Maklumat tersebut pula boleh diproses dan diguna semula oleh sesiapa sahaja, dan ini amat memberi cabaran kepada penyaluran maklumat tradisional seperti radio, surat khabar dan juga  televisyen, yang kian tawar di hati penggunanya.

Media sosial ini yang pada asalnya ada yang menganggap sebagai anti sosial dan laman tanpa peraturaan, telah menjadi pusat utama untuk manusia sekarang saling berhubung secara umum, berkumpulan mahupun secara itim dan peribadi. Interasi sosial yang baru ini telah membangunkan pelbagai reputasi, corak bahasa dan telah melahirkan satu dunia maya yang mempunyai nilai ekonomi dan juga kebudayaannya yang tersendiri. (Krotoski, 2009)

Apa ada pada laman media sosial

Brand-Strategy-And-Social-Media.jpg.pagespeed.ce.V_qN18wumvJika kita melihat kepada sejarah penggunaan media digital, radio pada awalnya untuk mencapai kepada 50 juta pendengar mengambil masa 38 tahun, bagi televisyen pula memakan masa 13 tahun untuk mencapai 50 juta penonton tetapi Facebook dengan pantas telah mendapat 200,000,000 keahliannya hanya dalam masa kurang dari 12 bulan!

Setiap pengguna pula dikaji secara puratanya mempunyai 130 orang kawan, yang mana setiap mereka melapangkan masa sekurang-kurangnya 700 minit setiap bulan.

Ada yang mengatakan jika Facebook ini sebuah negara, maka ia adalah negara ketiga terbesar selepas China dan India. Jumlah ini juga menterjemahkan 30 billion maklumat dikongsi setiap bulan melalui Facebook, dan bagi laman media sosial Youtube pula mempunyai 490 juta pelawat unik setiap bulan yang menjadikan laman itu dilayari 92 billion kali.

Melihat dengan keadaan dunia yang amat fanatik kepada laman media sosial tidak hairanlah ada yang memberi istilah baru seperti Sosialnomic, Second life dan juga komuniti pro media. Kalau dulu kita sering membuka emel terlebih dahulu, tetapi mengikut kajian terbaru laman media sosial adalah lebih popular berbanding dengan emel yang mana laman web seperti Facebook dan Youtube adalah antara laman web yang pertama sekali mereka layari.

Jadi apa yang sebenarnya yang mereka buat dalam laman media sosial tersebut? Jawapannya adalah sama dengan apa yang mereka akan lakukan jika mereka pergi ke kawasan lapangan atau pusat membeli belah. Para remaja khususnya akan berkumpul di tempat awam yang agak ramai dengan pelbagai tujuaan, ini termasuklah berunding, gosip, membantu satu sama lain, mencari kemasyuran, berkongsi maklumat, mengorat, bergurau senda – mereka ke sana adalah sama, untuk bersantai.

Lampiran di atas menunjukan beberapa aktiviti atau sebab yang utama mereka melayari laman web media sosial. Kajian di atas adalah diambil dari pengguna golongan remaja dari Amerika Syarikat. Antata tujuaan yang paling umum adalah mereka menggunakan laman web sosial untuk berhubung dengan rakan-rakan yang mereka kurang jumpa, mencari rakan hobi dan untuk mengisi masa lapang.

Mudah, cepat dan berkesan

7563.Business-Social-MediaAntara laman media sosial yang paling digunapakai di dunia ini adalah Facebook. Laman sosial ini telah banyak membantu manusia dalam berkomunikasi antara satu sama lain dengan memudahkan mereka untuk membina laman peribadi sendiri.

Apa yang membezakan laman web peribadi dengan laman web peribadi sosial, ialah ianya menawarkan platform yang amat interaktif untuk membina identiti digital yang dengan mudah boleh dikawal oleh pemilik akaun peribadi itu.

Tambahan pula, berbeza dengan laman web peribadi tradisional yang agak membosankan, Facebook membolehkan pengguna menambah kawan-kawan dan juga ahli keluarga mereka di dalam rangkaian sosial mereka selain dapat berkongsi maklumat serta berbincang sesuatu topik bersama mereka.

Dari segi perkongsian maklumat juga adalah tidak terbatas, kerana laman web sosial ini membolehkan penggunanya untuk berkongsi bukan setakat nota tetapi termasuklah video, gambar, peta, tempat yang mereka sedang kunjungi secara semasa (real time) dan tidak lupa juga apa yang ada dalam fikiran mereka melalui kemaskini status semasa (status update) – yang menyumbang kepada 60 juta kemaskini status setiap hari!  

Antara faktor yang menyebabkan laman web sosial ini begitu dimintai adalah salah satunya akses kepada laman tersebut pada waktu sekarang ini adalah amat mudah, bukan setakat komputer desktop atau komputer riba sahaja malah pengguna terbesar laman web sosial mengikut kajian adalah dari telefon pintar dan dari gajet yang mempunyai akses internet mudah alih seperti 3G dan Wifi.

Selain dari itu, fungsi laman sosial itu sendiri yang mudah untuk sesiapa sahaja membuat kenalan baru, mencari kenalan yang lama terpisah atau sebagai tempat “lepak” mereka antara faktor laman web ini menambat hati pengguna internet. Faktor-faktor ini sahaja sudah cukup untuk mengubah cara hidup kita secara drastik yang telah memberi banyak perubahan kepada perhubungan sosial, pemasaran dan juga dalam bidang pengiklanan.

Impak Penggunaan Laman Media Sosial

Ksocial-media-companiesita telah melihat beberapa praktikal yang berkesan hasil dari interaksi dengan laman media sosial, dan jika teknologi baru ini digunakan dengan betul ianya mampu untuk menjadi satu senjata yang hebat bagi sesesiapa sahaja yang menggunakannya.

Ini termasuk memberi kesan para peniaga, kumpulan pemasaran, pengiklan, artis, penerbit dan juga profession dalam perhubungan awam kerana akses media baru ini dapat melangkaui pengguna laman media sosial seluruh dunia.

Kali ini kajian kita akan lebih tertumpu pada kesan media sosial kepada pelajar, kerana mereka juga adalah antara golongan yang terbesar menggunakan laman media sosial. Menurut kajian Nielsen Media Research pada Jun 2010, 25 peratus masa pelajar ketika di Internet adalah digunakan untuk berinteraksi di laman media sosial dan yang kerap digunakan adalah Facebook, seterusnya Youtube dan Twitter.

Kajian yang sering kali dibuat ke atas pelajar adalah, bagaimana impak atau kesan media sosial kepada emosi dan kehidupan sosial serta akademik mereka. Melalui pemerhatian ini kita akan tahu sudut positif dan negatif hasil interaksi mereka dengan  aplikasi online itu, dan bagaimana ianya dapat mencorak kehidupan dan masa depan mereka sebagai pelajar, adakah mereka menjadi lebih sihat?

Adakah pelajar mengalami gangguan tidur kerana berinteraksi dengan rakan mereka sehingga lewat malam? Adakah berhadapan dengan mesin komunikasi ini menjadikan hubungan mereka dengan orang awam semakin baik? Adakah pelajar yang menggunakan laman web sosial ini seorang yang tertekan dan keseorangan atau sebaliknya? Dalam bab ini, kita akan melihat kepada kesan media sosial ke atas psikologi dan juga fizikal mereka.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *