Kesan positif serta kebaikan media sosial kepada pelajar dan hubungannya dengan pelajaran

0619_greplin_cue_630x420Terdedah dengan manfaat teknologi baru. Melalui penggunaan laman web sosial, pelajar yang dapat membiasakan diri mereka dengan fungsi baru internet yang dapat memberi banyak manfaat bagi mereka yang ingin mengambil peluang.

Kebanyakan pelajar mengadaptasikan media digital ini sebagai tempat untuk mereka berdialog, sebagai sumber utama isu semasa, sokongan serta bantuan akademik dari rakan sepegajian dan membangunkan komuniti maya.

Menaikan semangat dan motivasi Pelajar khasnya dan remaja umumnya amat mudah terkesan atau terpengaruh dengan keadaan persekitaraannya. Begitu juga dengan laman sosial, jika mereka mempunyai rangkaian rakan yang positif ataupun mengikuti mana-mana persatuan maya dalam laman web sosial tersebut yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan positif, ini serba sedikit akan memberi kesan kepada semangat mereka untuk mejadi seorang yang berjaya dan bermotivasi untuk menjadi seorang yang cemerlang.

Mudah untuk membuat hubungan Seperti yang diketahui fungsi utama laman sosial ini adalah untuk bersosial, dan keupayaan media ini telah mengembangkan hubungan antara rakan-rakan atau ahli keluarga mereka. Fungsi ini memberi peluang kepada para pelajar untuk membina hubungan baru, atau membaiki hubungan mereka dengan rakan mereka yang kurang rapat ketika offline atau di dalam kuliah.

Melalui kaedah ini mereka juga dapat menerokai masalah yang mereka hadapi dengan rakan yang mungkin mempunyai masalah yang sama atau hanya mencari bantuan akademik, ini secara tidak langsung memperkuatkan kemahiran komunikasi mereka sekaligus meningkatkan pengetahuan mereka.

Ini kerana ada kajian yang dilakukan oleh pelajar dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat pada tahun 2007 “Pelajar yang agak keberatan untuk bercakap di dalam kelas melibatkan diri mereka dalam perbincangaan melalui blog dan juga mereka menulis untuk audien internet.”

Di sini kita dapat lihat, lahirnya laman web sosial dapat membantu pelajar yang mungkin lemah dalam kelas, tetapi hakikatnya mereka berkembang dari segi pembelajaran mereka.

technology-overload2Tidak lagi keseorangan serta berhubung dengan dunia luar Tidak semua pelajar seorang yang memiliki kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik di kalangan rakan mereka atau jenis yang pemalu atau pendiam.

Atau bagi mereka yang memiliki masalah untuk berhubung dengan orang lain atas sebab tersendiri, seperti kurang berkeyakian, malu dengan penampilan diri dan sebagainya.

Laman web sosial memberi alternatif untuk mereka berkomunikasi dan dengan interaksi yang konsistan mampu untuk meningkatkan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat dan mengadakan hubungan susualan yang baik dengan mereka di dunia yang nyata.

Dalam laporan kajian yang dikeluarkan oleh Jacobsen & Forste pada tahun 2011, mereka telah menemui laman web sosial dan komunikasi telefon mudah alih menyumbang kepada interaksi sosial secara face to face, dan bukan mengambil alih peranan itu.  (Ann, 2010)

Bersangkaan baik pada diri sendiri – positif dan berkeyakinan Penggunaan laman web sosial mampu untuk menjadikan sesorang itu berkeyakinan dengan diri dan gembira. Menurut kajian CommonSense Media di laman webnya http://www.commonsensemedia.org, 75% kajian yang dilakukan ke atas pelajar 13 ke 17 tahun menunjukkan perkembangan yang baik dari segi emosi mereka, ini termasuklah dari segi keyakinan, kegembiraan, rasa simpati kepada orang lain dan berpandangan baik tentang diri mereka dan cuma 8% yang mempunyai sifat yang agak negatif setelah menggunakan laman web sosial seperti menjadi pemalu ataupun tertekan.  (Study, 2012)

Kecenderungan pembelajaran yang berubah Dengan persekitaran di laman web sosial yang menjadikan ianya satu trend yang sudah tidak dapat dielakkan lagi, dan bagi komuniti pelajar mengambil manfaat dari teknologi ini.

Pertama, mereka mendapati pperkembangan dari segi hubungan sosial adalah amat penting dan melalui komuniti maya yang dibentuk dalam laman web sosial membolehkan mereka mengambil manfaat dari penglibatan mereka dalam komuniti yang disertai itu.  (Pudelko, 2003)

Kedua, bersosial dan belajar adalah dalam arus yang sehala yang mana menjadikan pembelajaran itu satu proses bersosial. Ketiga, maksud pembelajaran itu dicapai melalui penglibatan mereka dan ianya dapat dicapai apabila pembelajaran itu diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian mereka.

Secara rumusannya, aspek-aspek ini memberi kesan bahawa penglibatan dalam komuniti laman sosial  memberi asas kepada pembelajaran sekaligus membina identiti pelajar tersebut.

Secara keseluruhannya, psikologi pelajar itu adalah penting bagi menyumbang kepada prestasi akademik yang memberangsangkan dan konsep pembelajaran yang baru melalui laman web sosial serba sedikit memberi kesan yang baik kepada para pelajar.

Ini adalah disebabkan beberapa faktor yang besar iaitu, persekitaraan pembelajaran yang bebas yang mana pelajar dapat mengawal secara keseluruhan pilihan mereka dari segi relevan kandungan, topik yang spesifik,  dengan beberapa faktor ini juga dapat menyumbang kepada peningkatan aktiviti pembelajaran dan kefahaman pelajar tersebut.

Kesan negatif dan pengaruhnya kepada kehidupan pelajar

Seperti mana-mana media digital yang lain seperti radio dan juga televisyen, ianya dalam masa yang sama membawa kesan sampingan. Ini termasuklah memberi kesan kepada kelakuan atau sifat pengguna tersebut, dan pengaruh  negatif ini jika tidak dikawal dengan baik boleh memberi kesan yang amat besar kepada para pelajar bukan hanya dalam bidang akademiknya malah memberi kesan kepada kehidupannya serta pemikirannya untuk masa yang panjang.

Salah satu sebab kepada kesan ini adalah penggunaa masa yang panjang dalam melayari laman web sosial. Sekiranya masa banyak digunakan kepada aktiviti dalam laman web sosial bermakna masa untuk aktiviti bermanfaat yang lain terpaksa dikorbankan yang sebenarnya merugikan kepada pelajar itu jika tidak ditadbir dengan sistematik.

antisocialMenjadi seorang yang anti-sosial Menurut satu kajian yang dijalankan, penggunaan masa yang kerap dan tanpa batas dalam melayari laman web sosial boleh menjadikan seseorang pelajar itu jauh dari perhubungan dengan masyarakat luar atau sesama pelajar.

Keadaan ini akan menjadi lebih buruk kepada meraka yang memang sifatnya adalah seorang yang agak pemalu, pendiam dan selalu menyendiri di kampus atau kuliah. Ini adalah kesan dari masa yang panjang di laman sosial, boleh meningkatkan tekanan, kesunyian dan menjadikan hubungan sosial mereka terbatas samada antara rakan-rakan mereka ataupun ahli keluarganya sendiri.

Jika mereka tidak dipantau atau dibimbing denga panduan yang betul dalam penggunaan laman sosial maka boleh memberi kesan kepada kehidupan peribadi mereka. Kesan ini dipanggil penurunan hypotesis.  (Peter, 2009)

Internet-AddictionKetagihan penggunan laman sosial dan internet  Kerana terlalu aysik dengan keseronokan melayari laman web sosial, menemui rakan baru atau berdialog dengan mereka boleh menjadikan seorang pelajar itu ketagihan untuk bersosial secara maya.

Ini kerana mereka merasakan mereka mendapat tumpuan yang lebih hasil dari interaksi yang langsung. Seperti apabila mereka berhubung dengan kenalan yang baru, kenalan tersebut juga cenderung untuk berkomunikasi dengannya dan menjadikan dia ketagih untuk memuaskan keinginan sosialnya yang tidak didapatinya di tempat lain.

Menurut kajian yang ditulis di dalam buku, Internet Addiction: A Handbook and Guide oleh Kimberly S. Young, jika ketagihan ini tidak dibendung maka boleh menjadikan seseorang pelajar itu merosakan atau kehilangan hubungan yang signifikan di dunia sebenar seperti isteri, ibu bapa atau sahabat karib.  (Kimberly S. Young, 2010)

Timbul sifat riak, ujub, khibir dan hasad dengki Ini adalah fenomena yang telah memberi banyak kesan buruk kepada mereka yang tidak mengawalnya dengan baik. Facebook contohnya menyuburkan sifat riak di dalam setiap hati manusia, dan orang Islam khususnya.

Bagi pelajar yang yakin dengan agama, dan benci dengan musuh Islam mereka akan peka dengan agenda mereka. Musuh Islam mengetahui bahawa melalui hadis Baginda Rasulullah s.a.w, sekiranya dalam hati orang beriman ada walaupun sebesar debu sifat riak atau takabur maka haram syurga baginya.

Maka disini kita lihat sahaja, senario seharian orang Islam, mereka dengan bangga dan tanpa fikir bahawa aktivti seharian yang mereka lakukan itu sedikit sebanyak menyumbang kepada pembenihan sifat riak dan terus akan disirami hari demi hari dengan memnyata status yang bangga diri seperti “…Baru sampai ke Lapangan Terbangan Osaka, Jepun, lepas ni nak main ski pula di Fiji, aaahh kenyang baru makan di Bukit Bintang Restaurant (sambil menayangkan video atau gambar makanan mewah atau sedap yang dimakan).

Sedar tidak sedar mereka telah mengelapkan hati mereka dengan menanamkan benih riak yang disuburkan setiap hari. Ini secara automatik juga menimbulkan sifat ujub bagi yang terlibat, sekiranya dia mendapat seseorang itu bermalam di hotel 5 bintang di Sydney , dia dalam hati akan pantas berfikir “huh, baru di Sydney, nuh aku duduk kat Hotel 7 bintang Al Burj Dubai…” dan sebagainya.

Keadaan seperti ini sudah menjadi lumrah yang tidak dapat dielakkan lagi, dah akhirnya timbulah sifat dengki antara sesama orang Islam yang menjadikan Islam tidak lagi bersatu hati, dan timbul sifat benci membenci pula. Keadaan ini para pelajar juga tidak akan terlepas daripadanya, maka jika tidak ada bimbingan rohani dan agama yang betul akan merosakan akidah dan amalan pelajar muslim itu sendiri.

Menjadi orang yang menangguh Sekiranya masa sudah melekat di skrin melayari laman sosial Facebook, atau Youtube tanpa disedari dengan mudah sahaja kita menghabiskan masa 1 hingga 3 jam paling kurang tanpa membuat kerja yang member faedah pun, kalau kita lihat kawan-kawan kita yang melayari Facebook , bak kata orang Kelantan “entah gapo gapo” yang dilayarinya.

Belek profil itu ini tidak habis-habis, pastu komen yang tidak membina, buka video musik yang tidak ada bersifatkan keislaman pun dan keadaan ini jika tidak dikawal maka pasti banyak kerja yang lebih bermanfaat tidak dapat dilaksanakan seperti kebajikan, khidmat masyarakat, dakwah, ulangkaji , baca Al Quran dan sebagainya kerana tertangguh oleh pengisian yang tidak berfaedah dalam laman sosial.

Terdedah dengan dosa, maksiat dan zina Hadis Nabi s.a.w,  Abdullah  bin Abbas ra bahwa Nabi saw pernah bersabda “Sesungguhya Allah telah menetapkan  zina  yang tidak mustahil dialami oleh manusia. Zina mata adalah melihat, zina lisan adalah  berbicara, zina hati adalah berangan-angan dan berkeinginanan,kemudian kemaluan yang akan membenarkannya atau menolaknya”(Hadis riwayat Al-Bukhari ra)

Melalui hadis ini kita boleh membandingkan keadaan orang yang melayari laman sosial tanpa kawalan. Para pelajar lelaki khususnya, dengan mudah terdedah dengan aurat wanita dengan membelek profil wanita lain, tidak puas dengan melihat kecantikan mukanya beralih pula ke susuk badannya.

Maka jika seseorang pelajar itu tidak mengawal penglihatannya, ia pasti akan melunturkan iman pelajar itu yang seterusnya memudahkan syaitan untuk mengajak kepada dosa-dosa. Jika Youtube kita lihat, sekiranya kita membuka video tentang ceramahan keislaman sekali pun, sekarang ini apa yang tersenarai atas atau di pertengahan hasil carian adalah video-video yang mengghairahkan, dengan thumbnail video tersebut yang menunjukkan paras dada, atau punggung wanita atau wanita yang seksi. Ini sebenarnya adalah perangkap bagi pemuda Islam, dan pelajar Islam khususnya yang kita kena sedar dan perangi dengan tidak melihatnya.

Jika dilakukan pemerhatian yang mendalam sebenarnya lebih banyak lagi kesan negatif penggunaan laman web sosial seperti Facebook dan Youtube dari kebaikannya. Semua kesan buruk ini bermula apabila masa yang digunakan ditempat yang sepatutnya sebagai pelajar, seperti melayari laman sosial sekadar untuk membuang masa maka banyak kesan lain yang memudaratkan pelajar itu akan timbul.

Ini termasuklah apabila pelajar itu kurang tidur kerana melayan rakan-rakannya sehingga ke larut malam, maka jika ini terus berlaku secara tidak sedar akan memberi kesan yang tidak baik kepada corak permikiran dan kesihatannya.

Semua penglibatan ini akan terus berkait rapat yang mana menyebabkan pelajar itu tidak dapat fokus sekiranya dia ada kuliah keesokkan harinya, dan apabila dia balik kelas pula maka dia mungkin akan tidur bagi mengantikan masa tidur yang hanya 2 atau 3 jam malam sebelumnya, menjadikan dia kurang membuat ulangkaji, dan apabila menyedari masa untuk menghantar kertas kerja, atau waktu ujian hampir tiba maka ia membolehkan pelajar itu menjadi beremosi, tidak terurus, gangguan emosi serta mentalnya dan juga menjadi agresif dalam fikiran yang menterjemahkan kepada tindak tanduknya pula.

Yang mana kesan buruk yang terakhir adalah, dia yang sepatutnya mendapat tempat yang baik dalam akademik menjadi pelajar yang terjejas prestasi dan pencapaian pengajiannya.

Kesimpulannya

Apa yang terbaik kita lakukan adalah mewujudkan kesederhanaan dalam segala tindak tanduk kita, ini lebih lagi bila berhadapan dengan teknologi baru seperti laman web sosial. Ini kerana dalam manfaat yang boleh kita dapat juga terdapat mudaratnya jika jalannya tidak betul.

Seperti sarang lebah, jika kita bijak maka kita akan mendapat madunya, tetapi jika tidak ada perancangan dan kawalan maka kita pula akan diserang oleh lebah itu, yang akhirnya memberi kesakitan kepada kita. Maka atas maksud ini, seseorang itu perlulah membuat perancangan tetang apa yang hendak dia lakukan dalam laman web sosial, kenal pasti matlamat yang hendak dicapai barulah meneruskan pelayaran mayanya itu berpanduaan goal-setting, atau pun to-do list yang telah dibuat.

Dari segi pengawalan masa, mungkin kita tidak dapat terus menghentikan penggunaan laman web sosial tetapi meletakkan masa yang terhad seperti jadual pembahagian masa untuk akademik dan riadah sosial (online atau offline)

Selain itu, kita sendiri kena peka bahawa segala keburukan ini adalah punca kerana kita tidak mahu sedari akan bahayanya, mengawalnya serta memeranginya, dan kita sepatutnya mengelak kerana kesan itu cukup untuk melemahkan kita menjadi seorang pelajar yang bertaqwa dan berjaya dalam bidang akademik, apatah lagi untuk jangka masa yang panjang ianya boleh memudaratkan kita dari segi mental, spitirual dan amalan kita sebagai orang yang beriman.

Dalam pada itu juga, kita kena berusaha untuk memperjuangkan bagaimana laman web sosial ini dapat kita bentuk untuk menjadi platform menyatukan umat manusia serta umat Islam dan menyebarkan agama dengan lebih berkesan, dan bukannya kita yang menjadi sasaran untuk terus dikalahkan oleh pihak musuh yang tidak kenal erti penat lelah untuk membantutkan permikiran, perjuangan serta amalan orang Islam….

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *