Bisnes Online Perlu Ada Konsep Ini Untuk Kekal Menang!

panglima bisnes onlineJadi Panglima kepada Tentera – bukan tentera di kemah!”

Apa yang saya maksudkan disini adalah, kita hendaklah menjadi pemimpin untuk menguasai perniagaan online.

Bagi anda yang baru bermula dalam bidang ini, sekiranya anda mempunyai sedikit simpanan dalam bank jadi konsep ini amat membantu anda.

Tetapi bagi anda yang mempunyai asset yang terhad untuk memulakan perniagaan online ini, janganlah anda berputusa asa kerana banyak cara untuk kita beroleh kejayaan dalam internet, yang bezanya ada cepat ataupun lambat, tetapi jika kita terus berusaha dan fokus insyaAllah akan Berjaya.

Panglima dalam arena internet adalah anda sebagai seorang yang memikirkan strategi dan orang yang banyak memikirkan bagaimana anda boleh melaksanakan satu misi dengan menggunakan kaedah yang paling cepat dan penggunaan sumber sedia ada dengan efektik, selepas itu siapa pula tentera anda?

Tentera anda adalah orang yang akan membuat segala kerja menurut strategi anda, dan anda Cuma mengarahkan mereka melaksanakan sesebuah misi sahaja.

Contohnya, panglima sebelum pergi berperang, dia biasanya akan menghantar satu orang tentera untuk memantau pergerakaan musuh, ada battalion yang bersedia dengan kuda mereka, ada juga pasukan pemanah dan juga yang akan merempuh musuh iaitu pasukan berpedang. Tetapi mereka semua sebenarnya akan bergerak menurut strategi yang anda sudah rancang sejak awal lagi.

Mungkin  anda bertanya, apa kaitan ini dengan perniagaan yang kita nak buat ni? Aha, sekiranya anda faham, dalam internet pun begitu juga. Anda seorang yang mungusahakan perniagaan yang baru, anda akan menggunakan beberapa strategi. Ok, mungkin strategi untuk anda memperoleh trafik (pelawat) ke laman web anda adalah melalui video Youtube, Facebook fanpage dan juga melalui pernulisan artikel.

Apa yang anda lakukan adalah, anda tidak perlu untuk melalukan semua itu jika anda sebagai seorang panglima. Anda hanya perlu pergi ke beberapa tempat di internet yang menawarkan servis mereka. Ada diantara mereka sanggup untuk menulis artikel, menulis blog, buat backlink, post video ke internet dan sebagainya dengan harga serendah RM16 untuk satu urusan kerja.

Jika anda kaitkan dengan cerita kita tadi, anda mempunyai beberapa orang tentera yang menjalankan misi tertentu untuk melaksanakan strategi anda itu.

Secara kesimpulannya, anda hanya perlukan idea atau beberapa buah idea dan bukan latar belakan teknikal untuk maju dalam bisnes online. Jika anda mempunyai idea yang baik, walaupun anda tidak mempunyai kepakaran teknikal seperti bina laman web atau permasaran online anda masih lagi boleh mengecapi hasil yang hebat dengan menggunakan servis yang boleh menjanjikan pulangan yang baik untuk anda.

Inilah yang dikatakan sebagai menggunakan sumber yang sedia ada dengan baik, kerana anda boleh melalukan semua serentak dalam masa yang singkat dan efektif.

Seperti saya katakan awal tadi, bagi yang tidak mempunyai kapasiti kewangan yang lebih untuk melakukan semua itu, maka anda tidak perlulah gusar, kerana kerja-kerja pemasaran ini jika anda lakukan sendiri anda akan mendapat ilmu dan pengalaman yang lebih luas dari mereka yang “malas” untuk melalukannya sendiri.

Sekiranya anda mempunyai perniagaan yang kukuh kelak, barulah anda sedikit sebanyak akan meringankan kerja anda dengan menyuruh orang lain melalukannya untuk anda dan seterusnya begitulah sehingga anda tidak lagi perlu melakukan apa-apa kecuali mencurahkan idea sahaja. Oleh itu, berusahalah mulai hari ini dan apa yang sering saya katakan adalah penting untuk kita fokus, fokus, fokus dalam arena perniagaan online ini untuk sukses!

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Bisnes Online Perlu Ada Konsep Ini Untuk Kekal Menang!

  1. Sememangnya ilmu penting dalam apa jua perniagaan.

  2. betul tu, dan ilmu lebih berguna lagi jika diamalkan 300% 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *