Gayahidupinternet.com dilahirkan!

gaya hidup internet

Dunia Di Hujung Jari Sekarang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat datang ke Gayahidupinternet.com, blog ini didaftar atas domain ini yang mana ianya merupakan satu domain lama dan saya lihat sebagai satu peluang untuk saya berkongsi maklumat tentang dunia perniagaan internet. Tujuaan blog ini saya harapkan dapat saya kongsikan sedikit sebanyak pengetahuan serta pengalaman saya dalam arena ini.

Saya sendiri baru sahaja berapa tahun berkecimpung dalam bidang permasaran dan perniagaan internet ni, dan blog ini diharap menjadi satu inspirasi saya untuk lebih maju dalam dalam usaha ini, sekaligus membantu diri saya serta pembaca-pembaca saya yang akan datang.

Maka dengan ini, saya dengan rasminya ingin melancarkan blog baru saya, www.gayahidupinternet.com , dan sama-sama kita doa agar blog ini akan dapat membantu ramai orang seperti saya yang baru-baru lagi ingin berjinak dalam bisnes online dan jual produk di internet.

Saya berazam disini untuk memberi pembaca saya pautan yang menarik dan terbaru, yang dapat memberi input yang mendalam kepada para pembaca blog saya ini. Ini termasuklah teknik-teknik, panduan dan juga beberapa rahsia yang saya ketahui yang membolehkan seseorang itu memiliki ilmu yang boleh diaplikasikan. Ilmu yang bakal saya kongsikan disini adalah seperti asas pembinaan laman web, kenapa penting untuk kita mengkaji pasaran internet sebelum membuat apa-apa, bagaimana untuk mempamerkan produk kita secara online dengan efektik dan yang paling penting sekali adalah bagaimana untuk menarik pelawat supaya pergi ke laman web baru yang kita telah bina serta lancarkan.

Maka dengan ini, saya amat berbesar hati dengan segala sokongan anda, dan saya amat gembira jika dapat mendengar sebarang komen atau cadangan dari anda semua. Terima kasih, dan salam maju jaya!

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *