Rahsia intip pasaran online gaya pro

Untuk mendapatkan jualan yang hebat, dalam arena perniagaan internet kita perlu fokus kepada perkara yang lebih utama iaitu: pasaran.

Tanpa pasaran yang ada permintaan, produk yang hebat tidak mampu untuk memberi jualan yang tinggi, kita akan melihat beberapa cara bagi memastikan anda bermula dengan pasaran yang betul.

Bila kita sudah menemui pasaran yang berpotensi memberi keuntungan maka barulah kita mula mencari produk yang hendak ditawarkan kepada orang yang mencari itu.

Atas sebab inilah, mengapa kajian pasaran amat penting dan kenapa ia menjadi modul yang pertama dalam ebook ini. Tetapi anda jangan risau, kerana untuk mengkaji pasaran tidak kira anda hendak pasarkan produk atau servis online atau offline, kaedah kajian yang bakal saya dedahkan pasti akan membuat anda teruja dan ghairah.

Berikut adalah 7 cara bagi mengkaji pasaran dengan cara yang efektif dan murah.

  1. Google keyword data
  2. Google trend data
  3. Ebay sold dan Lelong bestseller
  4. Alibaba
  5. Amazon bestseller
  6. Clickbank
  7. Spy web pesaing
  1. Google keyword data
Aplikasi percuma ini membantu untuk menganggar berapa banyak orang yang menggunakan Google bagi mencari sesuatu topik, lazimnya mereka ingin samada mendapatkan maklumat atau mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka.

Dengan adanya maklumat ini:

  • Anda tahu berapa banyak orang yang ada masalah tertentu
  • Potensi pasaran untuk produk atau servis anda
Metod menggunakan Google Keyword:
  1. Pergi ke www.google.com/keyword

  2. Letakkan kata kunci yang biasa bermain di kepala bakal pelanggan anda, contohnya ubat kencing manis, buat duit, cari jodoh, penawar resdung dan sebagainya atau boleh juga meletak nama-nama produk atau servis yang anda tawarkan.

  3. Tekan butang search

  4. Berikut adalah cara untuk anda membaca analisis yang dipaparkan, keyword adalah kata kunci yang dicari, search count adalah jumlah carian yang dibuat oleh pengguna google dalam masa sebulan, dan competitor adalah jumlah pesaing yang iklan dengan google

Tips: Carian yang lebih 1000 adalah pasaran yang boleh diceburi, 4000 carian adalah memang pasaran yang amat panas dan jika bawah 1000 pula lebih baik tinggalkan kerana tidak punyai luas pasaran yang terlalu kecil dan tidak berbaloi.

2. Google Trend data

Fungsi aplikasi percuma Google ini adalah untuk melihat sejauh mana trend pasaran yang anda ingin kaji. Jika trend stabil bermaksud pasaran itu sentiasa ada permintaan. Fokus kita adalah untuk melihat trend yang stabil ATAU yang terbaik adalah trend yang meletup serta memanjat naik.

Metod menggunakan Google Trend

  1. Layari www.google.com/trend
  2. Letak kata kunci pasaran yang ingin and terokai, letakkan diri anda sebagai bakal pelanggan yang ingin mencari solusi kepada masalah mereka di internet. Seperti contoh kata kunci dalam Google Keyword.
  3. Pilih lokasi yang ingin anda kaji, letakkan ‘Malaysia’ jika anda ingin membuat kajian di dalam pasaran Malaysia sahaja
  4. Analisis pasaran tertera di skrin.
Cara membaca hasil analisis Google Trend
  1. Paparan utama menunjukan graf trend untuk pasaran yang anda kaji
  2. Trend yang mendatar menunjukkan ada permintaan, dan trend graf menaik bermaksud permintaan meningkat.

Tips: Bagaimana untuk melihat trend anda meletup dan panas? Cuba ada lihat dalam kajian terperinci berikut, sekirannya ianya tertulis BREAKOUT bermaksud pasaran itu adalah panas dan sedang meletup.

Tips: anda boleh bermain dengan aplikasi ini seperti membuat kajian perbandingan. Sebagai contoh anda ingin melihat jenama produk mana yang lebih tinggi trend permintaannya, maka anda boleh letak 2 kata kunci , satu untuk produk jenama A dan satu lagi untuk produk jenama X. Lihatlah hasilnya

Peringatan: jika sesuatu trend itu tidak menunjukkan apa-apa hasil analisis bermaksud pasaran anda itu terlalu sedikit permintaannya.

3. Ebay sold dan Lelong bestseller

Dua aplikasi percuma ini amat membantu bagi anda yang berminat untuk berniaga produk fizikal. 70%-80% dari jualan di internet sebenarnya melibatkan jualan produk fizikal yang mencecah berbillion dolar setiap tahun.

Kelebihan mengintip pasaran mengggunakan aplikasi ini?

  • Anda dapat tahu produk hangat yang konsisten terjual

  • Anda boleh elak risiko kerugian akibat melabur produk yang tiada permintaan

  • Intipan ini mengesahkan produk itu memang laku!

Metod menggunakan Ebay Sold Item

  1. Pergi ke www.ebay.com
  2. Letak kata kunci dalam engin carian eBay. Letak nama produk adalah yang terbaik, atau jenis produk jika anda tidak tahu nama produk. Contoh: robot vacum, belacan, tongkat ali, habbatus sauda dan sebagainya
  3. Paparan umum akan keluar menunjukkan jumlah barang yang disenarikan oleh penjual atau pelelong di eBay. Tetapi kita tidak mahu lihat ini.
  4. Di bahagian kiri ada fungsi pilihan, sila semak atau tick pilihan ‘completed item’. Anda pilih ini adalah meminta eBay menunjukkan kepada anda produk yang terjual sahaja.
  5. Paparan ini telah ditapis dengan menunjukkan produk yang sudah terjual sahaja.
  6. Apa yang perlu anda kaji ialah mengira. Sekiranya produk terjual 60% daripada yang disenaraikan maka ia adalah pasaran yang sangat positif untuk anda ceburi.
Tips: ebay ini biasa diguna dengan pengguna berbahasa inggeris, maka lebih afdal jika anda membuat kajian dalam bahasa inggeris untuk melihat kajian yang lebih luas dan tepat. Tips ini jika anda tidak mendapat hasil kajian setelah menulis kata kunci bahasa Melayu, anda pasti melihat hasil yang berbeza jika kata kunci ditulis dalam bahasa inggeris!

Tips: saya biasa menggabung teknik eBay sold ini dengan carian keyword serta trend Google. Dan satu lagi aplikasi yang biasa saya guna adalah Hammertap, ianya jauh memudahkan anda dalam kajian di eBay, maklumat yang anda dapat do Hammertap seolah-olah anda bekerja di eBay iaitu anda tahu mana produk yang laris terjual di eBay!

Metod menggunakan Lelong Bestseller

  1. Sila layari www.lelong.com.my
  2. Seperti eBay tadi, kita fokus kepada nama atau jenis produk.
  3. Paparan akan menunjukkan senarai produk yang dijual. Kita bukan nak tengok ini ­čśë
  4. Sila klik pada tab ‘bestseller’ – ini yang kita nak tengok dan kaji.
  5. Ok, peraturan yang sama jika anda lihat lebih 60% produk terjual atau ramai yang menjualnya dan laku, maka ini satun peluang yang baik untuk anda.

5. Amazon Bestseller

Metod ini sama dengan cara intip pasaran di eBay dan Lelong, cuma kelebihan Amazon anda boleh mengkaji mengikut kategori produk dan juga sub kategori di bawah kategori utama. Walaupun hasil analisis adalah produk yang terjual di Amerika tetapi ini sebenarnya merupakan indikator bahawa produk itu juga boleh laku di Malaysia.

Metod menggunakan Amazon Bestseller

  1. Sila layari www.amazon.com
  2. Cari kategori produk yang anda ingin kaji
  3. Tekan tab bestseller
  4. Tadaa! Anda sekarang melihat rahsia produk hangat di Amazon!
Tips: Satu lagi kelebihan adalah apa yang belum lagi terjual di Malaysia, anda boleh menjualnya terlebih dahulu kerana menurut kajian anda disini, produk itu sudah pun meletup di Amerika dan ini bermaksud ia juga bakal laris di Malaysia!

6. Clickbank

Clickbank adalah pasaraya online yang hanya menjual pelbagai produk digital seperti ebook, video, kelab ahli vip, rakaman audio dan seumpamanya. Jika an da bercadang untuk memasarkan produk digital, maka di sini adalah tempat yang terbaik untuk anda meneliti pasaran hangat semasa!

Metod menggunakan Clickbank:

  1. Sila layari www.clickbank.com
  2. Pilih kategori produk samada bidang kecantikan, ekonomi, masakan, keluarga dsbnya
  3. Anda perlu lihat grafiti jika lebih 50 maka produk itu bermaksud banyak agen yang berjaya menjualnya
Tips: jika anda lihat banyk pesaing dalam sesuatu pasaran itu adalah indikator yang sah menunjukan bahawa dalam pasaran itu orang sanggup mengeluarkan duit mereka demi untuk menyelesaikan masalah mereka. Tugas anda hanya mengambil cebisan dari pasaran tersebut dengan tawaran menarik produk atau servis anda.

7. Spy web pesaing

Kaedah ini adalah penting untuk lihat berapa banyak laman web yang ada dalam enjin carian seperti Google. Menurut kajian, pengguna internet hanya akan melihat laman 1 hingga 3 hasil carian Google, dan apa jua bisnes yang anda pasarkan anda wajib memiliki laman web, kerana ianya umpama kedai yang dibuat di atas tanah anda sendiri.

Manfaat spy web pesaing:

  • Anda tahu macam mana pesaing anda menawarkan produk atau servis mereka, maka anda boleh ikut dan menambahbaik mana yang patut
  • Tahu apa yang mereka lakukan yang menjadikan laman web mereka berada di senarai teratas Google; maka anda boleh buat yang sama untuk mendapat hasil yang sama atau lebih baik
Metod menggunakan spy web pesaing:
  1. Sila layari www.google.com
  2. Masukkan kata kunci dalam ruang carian itu seperti ini
    • Allintitle: “produk, servis atau pasaran yang ingin anda kaji”
    • Contoh: allintitle:”ubat resdung”
  3. Kod ‘Allintitle:’ menunjukkan laman web yang betul-betul memuatkan maklumat berkenaan produk atau servis ( contoh : ubat resdung ) dengan cara yang disukai Google
  4. Jika carian menunjukkan hasil bawah 30,000 laman web bermaksud anda boleh mendapat tempat 10 teratas Google dengan agak mudah (menggunakan kaedah SEO yang betul)
  5. Jika carian 50,000 agak sederhana senang, dan jika lebih 100,000 laman web maka agak sukar untuk menyenaraikan laman web anda di senarai teratas, tetapi ianya masih boleh cuma mengambil masa lama dan usaha yang banyak.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *