Rahsia menguasai kehidupan sukses

Adalah menjadi keperluan manusia untuk sentiasa memajukan diri mereka dalam pelbagai aspek. Jika mereka adalah pelajar, mereka sentiasa berfikir bagaimana mereka dapat keputusan yang lebih cemerlang. Bagi seorang peniaga serta usahawan pula fikir rungsing mereka secara konsisten adalah bagaimana mereka dapat meluaskan lagi jualan serta keuntungan mereka. Anda juga begitu bukan?

Apabila manusia itu berusaha untuk memajukan dirinya, maka ia sebenarnya mengejar kepuasan dalaman, yakni untuk mempercayai bahawa dirinya itu seorang yang berkebolehan, berbakat dan mampu mencapai apa sahaja yang diimpikan dengan izin Allah. Tanpa kepuasan atau kepekaan tentang perkara inilah menjadi asbab manusia itu merasa ada kekurangan dalam dirinya.

Mulai dari sekarang cuba senaraikan, apakah bidang atau aspek kehidupan yang anda ingin dan perlu kembangkan. Ingat, ianya tidak semestinya dalam bentuk kewangan, kerana kata bijak pandai orang yang hanya melihat dari sudut materialistik sebagai sumber kegembiraannya, manusia seperti ini adalah orang yang paling malang sekali.

Banyak kegembiraan yang boleh kita kecapi selain dari duit atau kebendaan semata-mata, kita hanya perlu belajar untuk merenung, bertafakur (berfikir secara dalam) dan memerhati apakah perkara yang sebenarnya boleh mengembirakan kita. Kadang-kadang sekecil perkara seperti membatu rakan, keluarga, membaca buku, menulis, memberi senyuman, sedekah adalah lebih berkuasa memberi kegembiraan kepada kita berlipat kali ganda.

Baiklah, sebentar tadi hanya sedikit mukadimah dari saya, mari kita balik pada topik asal,"apakah rahsia untuk menguasai kehidupan sukses"?

Ini adalah soalan yang sentiasa bermain di kepala saya juga, jatuh bangun bagi mencari jawapannya adalah satu hikmah yang amat besar, iaitu di setiap kejadian baik atau buruk pasti ada pelajar yang boleh kita teladani. Syaratnya kita perlu bersabar bila susah, dan sentiasa bersyukur bila senang. Ini kerana menurut mahfum Hadis Nabi s.a.w, "agama itu adalah bersabar dan bersyukur."

Saya ingin bertanya kepada anda, "apakah batu aras atau standard yang anda letakkan pada diri anda?" Orang yang ingin berjaya sentiasa meletakkan kegagalan atau berputus asa sebagai tiada dalam senarai mereka. Orang yang biasa-biasa pula standard mereka hanyalah, "ala-ala kadar saja, kalau dapat alhamdulilah kalau tak bukan rezekilah tu.." Orang sukses pula sentiasa berusaha mencapai apa yang mereka telah tetapkan pada matlamat kehidupan mereka, mereka tidak akan berkata tidak atau berhenti selagi apa yang mereka impikan itu tidak terlaksana lagi.

Jika anda katakan, "saya perlu cari kerja yang memberi gaji rm2500 kepada saya setiap bulan" atau anda boleh katakan "saya mesti membina perniagaan yang boleh menjana keuntungan rm5000 sebulan kepada saya dalam masa 60 hari ini!" Apa batu aras yang anda tetapkan untuk kehidupan anda, maka itulah tahap ekonomi anda. Berapa pendapatan serta wang simpanan anda sekarang adalah standard yang anda telah tetapkan sebelum ini samada anda sedar ataupun tidak.

Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, apa jua yang anda letakkan untuk diri anda, anda bukan sekadar hanya katakan yang anda "perlu" tetapi ianya perlu dikatakan dan dibuat "aku mesti" dua perkataan yang berbeza yang memberi impak yang amat mendalam. Apa perkara yang anda rasa anda "perlu" buat sebelum ini? Cuba mulai sekarang tukarkan semuanya kepada "aku mesti" berserta sekian-sekian tempoh dan kuantiti yang jelas. Saya pasti ia akan memberi lembaran dan semangat yang lebih agresif kepada bagi menguasai kehidupan yang lebih sukses, in shaa Allah.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *