Sinergi pemimpin penentu keberhasilan

     Sejarah beberapa kali telah membuktikan bahawa jatuh bangun sesebuah organisasi itu tertakluk kepada bagaimana pemimpin itu respon terhadap sumber yang dia miliki. Ini adalah antara faktor bagaimana seseorang itu boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif dan mampu mengubah dunia iaitu dia bijak menggembelengkan sumber dan sentiasa fikir risau bagaimana untuk menambah kualiti hidup orang lain.
    Selalu kita mendengar orang gagal kerana pelbagai sebab. Cuba anda tanya diri anda sendiri, saya pasti anda pernah mengalami kegagalan dalam hidup anda, sama ada dalam aspek kewangan, pekerjaan, membuat keputusan mahupun perhubungan sesama manusia. 
     Apabila kita  bertemu dengan kegagalan biasanya kita akan menyalahkan orang atau perkara lain. Kita akan menunding jari kepada orang, memaki keadaan pasaran yang tidak menyebelahi, marah kepada pasangan kerana tidak memahami dan terus sentiasa merasakan kita tidak cukup sumber yang boleh membantu untuk kita berjaya. 
     Seorang pemimpin yang hebat tidak akan kekurang sumber, ini kerana dalam dirinya terlalu banyak sumber kendiri yang seolah-olah tiada sesiapa pun yang dapat menghalangnya bagi mencari jalan keluar serta memperoleh apa yang diimpikan. Sumber yang ada pada dirinya yakni komitment, kesungguhan, bersangka baik, tidak berputus asa, bersemangat adalah sumber premium yang tidak pernah kekeringan. Ini kerana sumber itu disuntik dengan percaya kepada potensi diri, percaya dan yakin dengan rancangan serta masa depan yang dilakar yang memberi kekuatan untuk dirinya bertindak tanpa mengenal erti kegagalan serta keletihan.
      Neraca kejayaan yang boleh anda timbang untuk diri sendiri adalah bergantung kepada dua unsur, anda berjaya jika anda fokus kepada impian, perkara positif dan seumpamanya atau anda bakal gagal kerana takut untuk menghadapi kejayaan itu seperti takut apa kata orang, takut ditolak pandangan, takut tidak menjadi dan bermacam lagi ilusi ketakutan yang hanya bermain di minda seolah-olah ia sudah berlaku dalam dunia sebenar anda. 
     Penyelesaiannya? Manusia sentiasa membuat keputusan dalam hidupnya yang memberi kesan kepada gaya hidup serta masa depannya. Jika buat keputusan yang betul anda dan orang lain akan mendapat perkara yang baik, tapi jika membuat keputusan yang salah ada orang yang akan sedih, marah atau kecewa termasuk diri anda juga. Maka, pemimpin perlu berani membuat keputusan yang betul dan keputusan yang dibuat berdasarkan 3 perkara dibawah.
     Apa yang perlu saya fokus? Fokus adalah perasaan. Jika anda tidak puas hati dengan seseorang, timbul bermacam alunan perasaan negatif dalam diri seperti marah atau sedih. Jika anda fokus kepada ketakutan atau kegagalan, maka keberangkalian impian anda itu orang lain yang kecapinya. Apa yang anda fokus, itu yang anda akan dapat secara zahir atau batin (perasaan). Saya ambil contoh, sewaktu krisis ekonomi kita lihat dan dengar banyak orang yang muflis dan pada masa yang sama juga ada orang yang membuat keuntungan yang luar biasa. Ini berlaku sebab tumpuan kita pada sesuatu yang akan menimbulkan cerita yang mencetuskan emosi. 
     Apa maknanya semua ini? Seperti orang yang sedang bersangka buruk atau tidak puas hati dengan seseorang tadi, dia akan mula mencipta cerita dalam dirinya tanpa disedari. Cerita itu terus bermain-main di dalam fikirannya yang akhirnya mencetuskan emosi. Pada mulanya dia akan fokus kepada perkara yang mungkin tidak betul, terus dia akan berderita dalam dirinya dan akhirnya dia membuat keputusan untuk memarahi orang tersebut atau sedih, kecewa terhadapnya, Biasakah anda mengalami situasi sedemikian, cuba imbas kembali dan lihat diri anda sendiri dalam hari yang mendatang.
     Apa yang perlu saya lakukan? Apabila pertemuan antara fokus dan maksud (cerita) terjadi ia akan memberi kesan kepada keputusan yang kita buat, dan ingat keputusan yang dibuat itu sama ada ia boleh memberi impak yang positif atau sebaliknya. Ianya semua terserah kepada anda. Maka, ubahlah fokus dan tulis semua cerita anda terhadap sesuatu perkara, maka ia pasti akan mengubah hidup anda menjadi lebih berjaya dan ceria. In sha Allah.
 

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *