Software PERCUMA untuk tingkatkan produktiviti dan motivasi

motivasi diriMemilih untuk berjaya memerlukan komitmen yang besar. Kita memilih untuk berjaya kerana kita inginkan sesuatu yang lebih dalam diri kita atau kehidupan kita. Tidak semua yang mempunyai impian untuk memiliki kejayaan yang besar, ada yang amat selesa dengan keadaan taraf hidupnya sekarang dan merasakan tidak perlu untuk lebih-lebih.

Anda memilih untuk sukses kerana anda mempunyai sebab yang lebih besar dari diri anda sendiri, mungkin kerana anda ingin memberi kehidupan yang terbaik untuk keluarga anda, atau ingin mengembirakan ibu bapa anda dengan membuat mereka begitu bangga dengan anda atau anda ingin membantu saudara anda yang lain yang memerlukan.

Apa pun sebabnya, untuk berjaya anda perlukan disiplin diri. Kalau tidak ada ini, kita akan mudah berputus asa. Ingat formula ni.. saya dapat formula ni dari pembacaan majalah Al-Islam.

Dr.Sukki berkongsi formula kejayaannya seperti berikut:

M – U = A<

U – M = S<

M + U = K

M + U + D = K

Maksudnya, matlamat tanpa usaha itu tidak lebih hanya angan-angan. Usaha tanpa matlamat katanya adalah sia-sia. Matlamat berserta dengan usaha menghasilkan kejayaan dan matlamat dengan usaha serta doa juga sama, atau mungkin kita boleh menambahkan kuasa dua.

Di bawah ini adalah video berkenaan dengan satu software yang amat membantu bagi sesiapa yang inginkan hari mereka lebih produktif. Boleh digunakan oleh pekerja syarikat swasta atau kerajaan atau mereka yang berniaga.


DOWNLOAD LINK: THE ACTION MACHINE (FREE VERSION)  “Klik pada FREE USER DAN SLOW DOWNLOAD” Jangan Klik Premium User , Fast Download itu kena bayar.

TAMBAHAN:

#1 ada link report di sebelah kiri atas software tu, untuk lihat laporan senarai kerja yang telah disiapkan

#2 Ini adalah software versi trail, untuk dapat versi yang lebih lengkap dengan pelbagai fungsi lagi boleh klik sini

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *