Tentang GHI

charucaeuSaya anggap diri saya baru lagi dalam era perniagaan internet tetapi saya amat komited untuk mencapai kebebasan kewangan melalui landasan perniagaan secara online – serta ghairah untuk membawa anda bersama saya dalam ‘perlayaran’ ini.

Bagi saya semua kita boleh berjaya jika kita terus berpegang dengan konsep “jika dia boleh saya pun boleh” dan setelah menemui lubuk gelomgang ekonomi baru dari internet ini saya terus berfikir bagaimana saya dapat bersama-sama orang lain untuk meraih kejayaan seperti mereka yang telah berjaya.

Setelah beberapa tahun saya dalam bidang ini, masalah utama yang saya lihat kenapa masih banyak lagi gagal untuk membina kekayaan mereka dari internet adalah kerana kita KURANG FOKUS – ini pada masa yang sama kita dihujani dengan pelbagai maklumat yang baik (lalu mejadi sampah kerana tidak diamalkan secara sempurna) – betullah kata seorang guru saya, ilmu yang bernilai seperti emas sekalipun tidak ada nilainya (jadi seperti sampah) jika dibiarkan tanpa diamalkan.

Jadi mulai hari ini, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian mari kita terus motivasikan diri kita, kerana anda juga boleh berjaya – tidak ada yang mustahil!

VISI

Membantu setiap seorang untuk memiliki perniagaan peribadi hanya menggunakan komputer dan internet – dan produk digital – bekerja dimana sahaja pada bila-bila masa sahaja tanpa sekatan dari sesiapa pun.

MISI

Terus dan terus komited dalam membantu rakan-rakan niaga untuk berjaya – FOKUS dan ISTIQAMAH dalam mencapai sumber kekayaan internet pendapatan digital sehingga dapat menjana lebih pendapatan dari pembelanjaan dan seterusnya menyimpan aset kekayaan – dan terus membantu yang memerlukan pula dalam tanggungjawab sosial komuniti dan peribadi.

Yang Benar,

me for on9
Mohamad Hafeez Jr.
Blogger Gayahidupinternet.com
Kuching, Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *