Trik untuk buat website/blog jadi 20-30% lebih laju

Assalamualaikum,

Antara hosting yang saya guna untuk host beberapa website saya adalah GreenGeeks.com , apa yang menarik saya untuk guna hosting ni adalah ia menggunakan tenaga boleh diperbaharui (renewable energy) iaitu menggunakan kincir angin (wind powered).

Tidak berhenti disitu sahaja, saya lihat, Google lebih cepat menangkap website yang saya buat menggunakan hosting ni. Ini mungkin teori saya sahaja, sebab kita pun tahu Google dengan mantranya, “Dont be evil” mungkin lebih berkawan dengan hosting yang sebegini terus memberi rangking yang lebih baik untuk penggunanya.

Ok, bebalik kepada trik kita tadi.

Hari ini saya hadapi masalah dengan Physical Memory Usage. Ini kerana baru 13 hari, Physical Memory Usage saya telah dipakai 50%, terus saya berhubung dengan khidmat pelanggan.

Ia memberi beberapa tips untuk saya menurunkan penggunaan sumber hosting dan pada masa yang sama meningkatkan kelajuan laman web saya di mata pengguna.

  1. Saya telah aktfikan CloudFlare. Software ini percuma jika anda langgan dengan hosting Greengeeks. atau anda boleh pergi ke cloudflare.com untuk maklumat lanjut. Ia berkesan untuk mengurangkan pembaziran sumber dan sekaligus meningkatkan kelajuan loading laman web kita 2x ganda.
buat laman web website blog jadi laju

buat laman web website blog jadi laju

2.  Tukarkan setting Mod_deflate. Ok ini ambik masa 2 minit je.

  • Login kat Cpanel
  • Pergi kat Optimize Website
  • Click pada compress data (atau butang ke dua)

2 perkara yang saya syorkan ni sebenarnya membantu dari segi “batin” website anda, tetapi dari segi “zahir”nya pula sebagai tambahan anda wajib gunakan WP Super Cache, kerana ia akan buat content anda dikecilkan saiz fail dan terus buat loading website anda lebih laju.

Selamat mencuba!

Related: Rich Snippet

Summary
Author Rating
Aggregate Rating
no rating based on 0 votes
Software Name
CloudFlare Mod_deflate WP Super Cache
Price
0

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *