Cara Buat Blog #1 : Apa itu Blog?

blog cartoonBlog adalah perkataan yang asalnya dari “web” + “log” dan disingkatkan menjadi “blog” , atau istilahnya adalah: blog adalah laman web yang isinya dibuat seperti journal dan dipaparkan secara kronologi yang tersusun.

Seorang yang membuat blog digelar sebagai “blogger” dan blogger pula menjadikan blog mereka untuk menulis atau berkongsi apa sahaja secara tidak formal dan gaya bahasa yang lebih bersifat bahasa pasar atau santai.

Blog boleh dilihat sebagai diari online ataupun journal yang didalamnya dikongsikan apa yang blogger tersebut alami pada sesuatu tempoh tertentu atau apa sahaja pengalaman yang mereka hadapi tanpa sebarang batasan. Membuat blog tidak hanya terhad kepada tulisan sahaja tetapi juga merangkumi video, audio atau gambar.

lets blog

Oleh sebab ini, komuniti buat blog berkembang dengan pantas setiap hari dimana membentuk satu komuniti yang dipanggil “blogsphere” iaitu jaringan yang terdiri daripada blogger-blogger seluruh dunia.

Blog boleh dikategorikan kepada 3 jenis yang utama, iaitu:

1. blog peribadi

2. blog organisasi

3. blog perniagaan

Blog Peribadi – adalah blog yang lebih bersifat mengisahkan dirinya seperti tentang kehidupan hariannya, atau apa yang dibeli , apa yang dia suka, atau mungkin membuat blog tentang binatang kesayangannya – dan apa sahaja yang ingin dikongsikan!

Blog Organisasi – buat blog sebegini pula lebih digunakan oleh persatuan untuk menghubungkan para ahlinya seperti NGO dan sebagainya.

Blog Perniagaan – biasanya digunakan sebagai sampingan kepada laman web utama mereka, cara membuat blog sebegini adalah demi untuk mencapai para pelanggan mereka ataupun kaedah untuk peniaga menjadi lebih intim dengan prospek atau pelanggannya kerana penyampaian yang lebih mesra dan sempoi.  Blog ini juga digelar sebagai blog professional.

blog addict

Kadang-kadang blog yang peribadi juga boleh menjadi blog professional sekiranya dia berjaya menjana pendapatan melalui blognya atau mungkin ada syarikat yang mengambilnya sebagai blogger yang mengemaskini dan menulis untuk blog syarikat mereka.

Penulis blog tidak pernah terhad kepada sesiapa pun, blogger terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat internet samaada pelajar, guru, ibu bapa, peniaga, penggangur, remaja, kanak-kanak… semua mempunyai peluang untuk meluahkan pendapat mereka melalui blog.

Kenapa anda tahu cara buat blog? Disini ada beberapa sebab kenapa anda perlu memiliki blog anda sendiri…

Ianya mudah dan percuma – cara buat blog tidaklah sukar seperti yang anda sangkakan, kerana banyak servis membina blog yang percuma dan mudah diluar sana seperti blogspot yang membantu anda untuk membuat blog anda sendiri dalam masa yang tersingkat

blogger pening

Dengan membuat blog anda boleh luahkan perasaan anda – jika anda rasa tidak ada yang ingin mendengar pendapat anda, anda patut fikir sekali lagi kerana dalam komuniti blog terdiri dari pelbagai latar belakang dan anda tidak tahu siapa yang akan berminat dengan cara anda berfikir dan seterusnya menjadi pengikut anda.

Anda boleh jana duit membuat blog – blog masih lagi baru di arena internet, dan banyak peluang untuk blogger membuat duit dari blog mereka samada dari pengiklanan, penulisan review, menjual produk digital dan affiliate dan banyak lagi (kita akan membincangkan dengan lebih teliti tentang perkara ini dalam tutorial akan datang)

Buat blog sebagai sokongan kepada laman web utama anda – dengan blog anda boleh berhubungan dengan prospek, pelanggan atau pengikut anda dengan lebih intim dan mesra dan tidak terlalu formal. Ini adalah satu elemen yang menarik minat pengikut anda, anda akan terlepas satu peluang perhubungan yang baik jika anda tidak membuat blog sebagai satu cabang perniagaan anda. Selain itu juga anda berpotensi menambah trafik pelawat yang mungkin akan setia kepada anda dan apa yang anda tawarkan.

super blogger

Blog memudahkan anda berhubung – dengan gaya yang santai blog membolehkan anda membina komuniti anda sendiri yang mereka akan sentiasa dapat berhubung dengan anda atau memberi apa-apa komen atau cadangan ataupun kritikan kepada anda, dan mereka ini mungkin boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.

Secara ringkasnya, blog sememangnya adalah satu saluran yang merapatkan lagi jurang antara anda dengan pengikut anda tidak kiralah samada mereka itu suka dengan idea anda, prospek yang mungkin berminat dengan servis atau produk anda atau sekadar anda membina hubungan yang lebih mesra dengan pelanggan anda yang sedia ada. Blog memang memudahkan anda untuk meluahkan fikiran dan juga perasaan anda dengan lebih santai, itu yang paling utama.

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *