Tutorial #3: 5 langkah mudah untuk buat blog

nike-just-do-itCara yang paling mudah untuk memulakan blog anda sendiri adalah dengan segera membuatnya walaupun pada awalnya anda berasa agak kekok. Seperti tagline jenama Nike, “Just Do It” itu adalah motivasi menggerakkan anda untuk membina blog anda. Iaitu jika anda merasakan kurang berpengalaman tetapi anda terus membuatnya maka sedikit demi sedikit idea akan datang mencurah.

Kebanyakan servis pembina blog online seperti blogspot menawarkan kemudahan untuk sesiapa sahaja membina blog dengan mudah kerana anda boleh mengagak apa yang patut anda buat dan hanya tekan papan kekunci ( keyboard ) untuk membuat blog dan input yang pertama anda. Secara teorinya, sekiranya anda pernah mengisi borang kosong maka saya pasti ada juga boleh membuat serta menulis blog, ianya semudah itu!

Tetapi tutorial ini bukan sekadar mengajar anda bagaimana untuk membina atau menulis blog tetapi saya di sini ingin mendedahkan kepada anda cara untuk memiliki blog yang hebat dan luar biasa di mana para pengunjung anda akan terus setia menjadi pengikut anda. Teruskan membaca ­čÖé

Jadi saya senaraikan dahulu 5 perkara atau langkah untuk anda membina blog:

  1. Memilih servis pembina blog
  2. Memilih tema atau topik
  3. Bangunkan blog anda
  4. Tulis input yang pertama
  5. Kemas kini dengan kerap

Lihat, hanya lima langkah yang anda perlukan untuk anda mula memiliki blog yang bakal menjadi ilmu yang berguna kepada anda dan juga bakal pengikut blog anda. Seperti saya, saya menulis blog tentang tema pemasaran Internet, motivasi serta perniagaan online, selain saya tulis untuk para pembaca blog saya juga sebenarnya menulis untuk diri saya.  Ini kerana dengan blog ini ia mengingatkan saya pada mana-mana perkongsian berdasarkan pengetahuan saya yang saya sendiri masih belum amalkan maka saya akan berusaha untuk aplikasikan dalam hidup serta perniagaan saya.

Blogging1

Tidak semestinya anda mempunyai pengalaman, baru anda nak berkongsi di dalam blog anda tadi, sebagai usaha yang minimum cukup sekadar anda berkongsi apa yang anda telah belajar dan alami, atau dari pemerhatian anda… Sekiranya anda sendiri masih belum mengamalkannya maka dengan blog anda boleh berkongsi dahulu tetapi dengan niat untuk amalkan sendiri. Tetapi blog yang lebih berkesan sememangnya adalah melalui apa yang anda sendiri telah lakukan bukan sekadar teori, mana-mana antara kedua cara ini, ia tetap memberi output yang positif kepada diri anda.

Ok, baiklah mari kita kembali kepada topik asal tadi.

1. Memilih servis pembina blog 

bbc-blogsSaya tidak dapat nak rekomen kepada anda mana blog servis yang terbaik untuk digunakan. Ada servis yang menawarkan fasiliti membina blog secara percuma dan anda juga yang berbayar. Masing-masing mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri dan servis mana yang terbaik adalah sebenarnya bergantung kepada tahap teknikal anda. Adakah anda ingin mengolah blog menggunakan kemahiran HTML atau menggunakan dengan fungsi blog yang mudah mirip MS Paint, ianya terpulang kepada anda.

Mungkin sebagai permulaan anda boleh mencuba blogspot.com , kerana interaksi kepenggunaannya bagi saya adalah amat ringkas dan sesuai untuk yang baru mula. Tetapi jangan bataskan diri anda dengan blogspot, anda boleh cuba dahulu mana servis blog yang ada di bawah.. Sekiranya anda merasa selesa dengan mana-mana servis itu maka barulah anda buat keputusan untuk kekal dengan servis yang anda suka, kerana setiap daripada servis blog itu berbeza dari segi ciri-cirinya dan fungsi menariknya.

Servis blog yang percuma seperti Blogger, Multiply, WordPress, Moveable Type, Live Journal dan Xanga. Manakala servis blog yang berbayar pula adalah seperti Square Space, Userland dan Typepad.

2. Memilih tema atau topik

Apa yang ingin anda blogkan? Adakah ianya mengisahkan tentang diri serta dunia anda atau anda ingin buat ianya seperti diari anda. Atau adakah ianya berkenaan dengan kehidupan, politik, nasihat, sosial, ekonomi atau sekadar hiburan.

Apa yang penting adalah anda menulis sesuatu yang bermanfaat dan menarik. Dalam tutorial yang seterusnya membincang dengan lebih  teliti tentang hal ini.

3. Bangunkan blog anda

blogging (2)Sekarang anda mungkin sudah memilih servis blog serta tema yang mana anda ingin gunakan. Apa yang perlu anda buat sekarang adalah mendaftar dengan servis blog itu dan seterusnya anda hanya perlu ikut langkah demi langkah yang mereka suruh anda buat. Setiap servis blog adalah berbeza, mungkin mereka akan membimbing anda untuk memilih elemen yang mana anda ingin masukkan, warna tema atau saiz font yang ingin anda gunakan.

Lazimnya setiap servis blog akan membantu dengan cara sebegini dan cara belajar ini sebenarnya merangsang kreativiti anda, kerana anda baca dan anda terus buat. Percayalah ianya tidaklah susah seperti yang anda andaikan kerana anda hanya buat apa yang biasa anda buat sebelum ini iaitu seperti mengisi borang yang kosong.

4. Tulis input yang pertama.

Mungkin bagi kebanyakan yang ingin membuat atau menulis blog menganggap bab inilah yang paling sukar – terutama bagi mereka yang tidak ada pengalaman menulis.

Sebagai permulaan mudah sahaja sebenarnya, anda boleh menulis post atau input seperti “selamat datang ke blog saya” , dalam post ini anda tulislah secara jujur kenapa anda ingin menulis blog dan apa yang anda ingin kongsikan. Di sinilah anda mula membina hubungan yang rapat dengan bakal pengikut atau pembaca anda kerana anda mula meluahkan perasan anda secara ikhlas.

Atau sekiranya anda ingin terus masuk ke dalam topik utama pun tidak jadi masalah. Bagi yang kekurangan idea, anda perlulah membaca topik yang anda ingin tulis dari sumber yang lain seperti majalah, buku atau video dan anda boleh mula mengulas serta merumus apa yang anda dapat dari pembacaan anda itu.

Apa yang paling penting adalah anda perlu tulis sahaja apa yang berlegar di pemikiran anda, dan anda tidak perlu risau kerana di alam internet ini mempunyai ratusan ribu dan juta pengguna dan mereka ini mempunyai pelbagai latar belakang yang menarik, yang pelik dan pasti ada yang akan meminati atau jatuh hati dengan apa yang anda kongsi kepada mereka. Jadi janganlah anda malu untuk berkongsi pendapat anda di ruang maya ini.

Seperti blog saya ini anda boleh lihat sendiri saya pun memulai dengan input mirip “selamat datang ke blog saya” dan saya tuliskan apa hajat saya serta matlamat saya dalam membina blog ini.

5. Kemaskini dengan kerap.

girl_blogging1Blog yang tidak dikemas kini dengan baik lama kelamaan akan hilang momentumnya, sekiranya anda tidak ada idea untuk menulis sekali pun anda perlu pastikan blog anda tidak terus mati begitu sahaja. Teruskan menulis dan lama kelamaan anda akan mendapat ilham serta kekuatan untuk meneruskan blog anda. Memang pada peringkat permulaan untuk membina habit atau sifat itu agak sukar tetapi percayalah jika anda terus dalam usaha ini selama yang mungkin anda akan jatuh hati dengan hasil kerja anda.

Begitu juga sekiranya ada pembaca blog yang mulai mengikuti blog anda, tetapi bila anda tidak kemas kini mereka ini akan mula hilang minat terhadap blog anda dan populariti blog anda pun akan jatuh sama ada di mata pembaca mahupun di kaca mata enjin carian seperti Google, Yahoo atau MSN.

Saya nak bagi tip di sini, anda mungkin tidak akan melihat respons pada 3 ke 6 bulan yang pertama anda menulis blog, kerana enjin carian ( search engine ) seperti Google akan mengindeks informasi yang anda masukkan dalam internet, dan ini mengambil masa yang panjang memandangkan ada berjuta website atau blog dilahirkan setiap jam!

Jadi apakah cara untuk anda mendapat tempat 10 teratas dalam Google adalah bergantung kepada pengisian blog anda, selagi mana anda terus tetap menulis, paling minimum dengan kadar 1 post seminggu dan jika nak cepat diindeks oleh Google dalam 2 hingga 4 post seminggu.

Selain kita bergantung kepada google, kelebihan blog pula, blog anda akan tersenarai dalam direktori blog atau komuniti blogsphere, dan sekiranya ada di antara penulis blog ini meminati blog anda atau melihat blog anda ada sesuatu yang boleh menarik minat pengikut blog mereka, maka pemilik blog tadi akan pautkan ( hyperlink ) alamat blog anda ke dalam blog mereka, seolah olah mereka bersalam dengan anda dan memilih menjadi kawan anda. Formulanya adalah selagi mana anda terus menulis selagi itu kadar pembaca serta pengikut anda akan bertambah.

Dari pautan link sebeginilah anda juga mendapat ramai pembaca, jadi fokusnya di sini adalah teruskan menulis dan kemas kini blog anda, untuk jangka masa yang panjang ianya akan memberi banyak manfaat kepada anda. Nasihat saya teruskan menulis paling kurang 6 bulan anda bagi masa, tanpa mengharapkan apa-apa. InsyaAllah dalam 6 bulan yang seterusnya anda mulai mendapat respons dari blog anda itu.

Kita akan membincangkan dengan lebih intim tentang pemasaran blog dan juga bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui blog dalam tutorial akan menyusul… Teruskan setia bersama kami ­čśë

About mhhafeez

Mohamad Hafeez merupakan pengasas blog gayahidupinternet.com. Kepakaran beliau adalah menyediakan modul serta sistem yang mudah untuk pengguna Internet memiliki bisnes online.
Tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *